Somnambulism II



Habis sarapan tadi, aku dan Fariz mengambil Uber ke Exhibition Hall, suasana sangat meriah, trafik di setiap hala. Jadinya drebar Uber kami turunkan di tempat yang kurang sesak sikit. Fariz hulur 4 Euro. "Danke" - terima kasih.

Aku dan Fariz berjalan ke Exhibition Hall. Hari ni bukan hari pertama pesta buku dan tugas aku adalah untuk menghadiri acara dan konferens yang FBM dah aturkan. Syarikat kitorang lebih kearah fiksyen remaja dan dewasa yang mengetengahkan isu semasa dan berat. Contoh macam perbincangan isu kesihatan mental, undang-undang, medic etc. Misi kami lebih untuk memberi pendedahan dengan cara santai. So fiksyen adalah lebih dekat dengan laymen yang tak biasa dengan terma dalam sesuatu bidang. Pada aku, benda ni sama macam kau tengok drama. Kalau tengok cerita, kita akan lebih senang faham isu yang mereka ingin sampaikan. 

Kami berjalan lagi mendekati papan besar di hadapan pintu masuk dewan. Ada guideline dan peta ke serata dewan, termasuklah acara-acara yang diadakan selama 5 hari. Hari ni ada book discussion dengan penulis buku terkenal Me Before You yang dibawa ke skrin layar tahun 2016, dibintangi oleh Sam Claflin dan Emilia Clarke, siapa lagi kalau bukan Jojo Moyes. Aku rasa ramai kenal dia sebab cerita tu. Aku tengok dulu cerita ni baru tahu ada novel sebenarnya.

Ada juga Elif Shafak, penulis buku terkenal, The Forty Rules of Love. Oh aku suka gila buku dia. Selalu membawa wanita kearah yang lebih tinggi dan buat kita rasa bangga to be born as a woman. Bukan aku tak bangga jadi perempuan, tapi norma masyarakat kita yang suka membandingkan lelaki dan perempuan seperti, perempuan mesti masuk dapur, perempuan mesti bercantik untuk suami dan sebagainya, sangat buat aku rimas. Whoever we are, we still a human being. So no matter what gender we are, race, religion, skin color - treat human being as a human. Tiba-tiba aku bersyarah pulak haha.

Selain itu, ada juga Olga Tokarczuk, Karl Ove Knausgard dan ramai lagi untuk mengisi slot perbincangan buku selama 5 hari di sini. Aku tahu Fariz tak sabar gila nak tanya soalan nanti dan semestinya memborong semua buku-buku baru kat sini.

**

Sudah hampir 5 petang, suasana masih terang. Aku dan Fariz pun dah penat pusing dua seksyen. Ramai gila orang. Aku hampir je hilang dari Fariz tadi. Tapi nasib baik dia jalan belakang. So dia nampak la aku jalan kearah mana. 

Aku pandang Fariz. Dia tengah menikmati waffle di tangannya.

"Sedap sangat ke?" Aku tanya. Mata Fariz sampai tertutup sambil mengunyah.

"Lapar weh. Nak rasa?" Fariz toleh aku. Tubuhnya yang lebih tinggi selalu buat aku rasa mamat ni pandang rendah kat aku. Tak silap aku tinggi dia dekat 176 cm. Aku pulak, 160 cm je. Tapi nasib baik dia tak pernah buli aku. Aku je buli dia.

Fariz hulur waffle yang dah digigitnya. "Tak nak la. Kenapa tak belikan aku sekali?" Aku menggulung wayar earphone.

"Ada dua ni. Ambil yang aku tak gigit."

Aku senyum gembira. Memang boleh diharap dia ni haha. Fariz hulur waffle yang belum digigit lagi. Aku ambil dan terus melahap. Sedap gila weh. Sedap gila! Tekstur waffle ni bukan setakat lembut, tapi ada crispy and juicy dia sendiri. Setiap gigitan waffle tu kita boleh rasa kruk-krak dia and at the same time ada rasa panas-panas. Ada rasa vanilla and krim. Dan semestinya yang paling best,  inti coklat dia. Memang sedap sangat. Nasib baik aku datang sini sebab kerja. Kalau tak, lama dah buat aku buat food hunting.

Sambil mengunyah aku pandang Fariz.

"Fariz aku rasa better kita balik je sekarang."

"Why?" Muka dia berkerut sambil tengok jam. "Kata nak jalan-jalan sekitar sini."

"Dah lama dah pun kita kat sini. Jap lagi pun pesta ni tutup." Aku menyimpan wayar earphone yang sudah digulung tadi dalam bagpack aku.

"Kita baru rasa waffle weh. Kau yang beriya buat itenarary bila sampai sini nak jalan-jalan."

Aku senyum segaris. "Serious nak jalan lagi? Kau tak penat?"

"Relax, kita naik tram je. Kau tak pernah naik tram kan? Haa kau patut mengambil peluang ni. Kau pun kan suka naik public transport." Fariz senyum ke aku. Aku memang nak jalan lagi. Tapi aku takut mamat ni mengigau lagi kalau penat sangat. Dah la aku tak reti nak mintak tolong sesiapa kalau malam ni dia mengigau jalan sampai jalan raya.

"Kita jalan satu stesen je. Pastu kita ambil tram balik ke hotel terus or ke sini balik. Ok?"

"Ok. Meh sini aku bawakan buku-buku tu." Aku hulur beg kertas yang penuh dengan buku. Fariz tengok buku-buku yang kitorang beli. "Banyak gak ni. Esok nak beli lagi. Kau rasa lebih tak 30 kg kita nanti?"

"Cukup je. Jangan risau. Kita beli semua paperback. Aku search laluan tram jap." Aku gelak. sambil melayari internet untuk mencari laluan di sekitar Frankfurt. Aku tunjuk arah selatan. Kitorang jalan ke situ, di mana semua orang jalan ke sana untuk ke parking dan menunggu Uber.


"Kau rasa paperback dengan hardcover ada beza sangat keee?" Fariz geleng kepala. Aku teruskan gelak.

"Aku ada 30 kg, kau ada 30 kg, nak takut apa. Kalau lebih muatan, kau kan ada kad kredit Khairil." Aku gelak lagi. Fariz geleng kepala dan gelak kecil. Kalau syarikat kitorang gulung tikar, faham je la siapa yang buat.

**

Aku ke lobi hotel. Aku macam nak buat kerja sikit. Ya, aku ada bilik kenapa nak buat kerja kat lobi? Aku memang ada habit suka buat kerja dekat public. Aku dengan kimono panjang, seluar tidur, selipar dan shawl yang aku belit malas. Aku tak tahu Fariz dah tidur belum, tapi lepas dinner tadi dia macam dah penat. Aku harap dia dah tidur.

Aku buka iPad dan mula tengok semua design buku-buku yang aku ambil gambar tadi. Aku rasa untuk tahun ni dan tahun depan, cover page minimalis lebih menarik pembaca. Minimalis ni untuk designer yang tak suka corak berserabut. Less is more orang kata. Tapi kena tengok content juga. Buku dia cerita pasal apa, baru boleh guna - pada aku.

Tapi pemerhatian aku dekat sini, bold typography, seventies and eighties designs lagi nampak banyak yang produce. Collage pun nampak menarik. Apapun design yang kitorang decide untuk buat, ikut tema juga. Kalau tahun ni kita nak minimalis, so semua buku kena minimalis. Lebih-lebih lagi untuk upcoming pesta buku KL nanti. Buku baru kena nampak ada tema dia sendiri.

Aku buat side notes - perkara yang nak bincang dengan Khairil balik nanti. Khairil ialah bos kitorang merangkap ketua editor, sama dengan Fariz - editor. Fariz dengan Khairil ialah founder untuk Syarikat Badang. Dalam penghasilan sebuah buku, editor ialah orang paling penting - orang pertama yang akan dapat manuskrip, kena verify fakta dalam buku tu -lagi-lagi kalau buku dia tu based on true story, review, edit, sometimes develop the content and of course orang yang keep the schedule closely. Lagi-lagi kalau sebuah buku tu nak keluar masa event besar - contoh paling senang Pesta Buku Antarabangsa KL. Lagilah diorang dua akan hari-hari call penulis-penulis ni.

Aku bersandar. Tengok sekeliling, garu kening. Hm penat jap tengok semua cover buku dan menganalisis. Siapa kata kerja designer ni senang? - K takde siapa kata haha.

Aku tarik nafas. Hembus. Aku buang pandangan kosong. Suasana lobi dah mulai lengang tapi masih ada orang berlegar.

Tiba-tiba. Eh? Macam kenal. Fariz? Fariz kan tu. Tak tidur lagi ke?

"Fariz!" Aku panggil. Tapi dia jalan je kearah pintu gelangsar automatik hotel tanpa menoleh langsung ke aku. Aku pandang Fariz lama. Shit. Aku rasa dia mengigau lagi.

Aku menggelabah dan terus kemas semua barang atas meja letak dalam beg. Aku berlari anak mendapatkan Fariz. Dan seperti jangkaan aku, mata dia tertutup.

"Fariz! Fariz!" Aku terus halang dia daripada berjalan jauh lagi. "Fariz!" Aku tampar muka dia. Aku panggil lagi nama dia. Tapi dia masih mamai. Aku pijak kaki dia kuat-kuat.

Dia mamai. Mata terbuka sikit.

"Fariz?" Aku mendongak pandang dia. "Beb?"

**

2 tamat

Comments

Popular Posts