somnambulism




Tok Tok.

Aku terjaga, dan terkejut. Ada bunyi ketuk pintu? Ok jap tunggu.

Tok Tok. Ok, dia bunyi lagi. Aku cari telefon bimbit aku. Tengok jam. 2.18 pagi.

Bilik hotel aku diketuk lagi. Siapa pulak ni. Seriau aku. Aku tarik nafas.

Tok Tok. Bunyi ketuknya lambat-lambat. Aku duduk daripada baring. Jantung aku dah berdegup kencang sikit.

Tok Tok. Shit sape do. Nak buka ke tak ni. Aku beranikan diri bangun. Tengok kat peephole. Fariz? Hm aku rasa dia mengigau lagi. Mengigaunya bukan biasa-biasa. Siap berjalan lagi kearah bilik aku pulak mamat ni. Aku buka pintu perlahan-lahan.

Pap. Jatuh kat bahu aku. "Fariz!" Bila aku kejut dia tak bangun-bangun pun. Haila, terpaksa aku papah dia balik ke bilik. Dah berat mamat ni.

Pintu biliknya terbuka sikit. Aku tolak kepayahan. Sampai katilnya, aku lempar Fariz atas tu. "Fariz, Fariz." Aku tepuk-tepuk mukanya. Masih nyenyak tidur dengan muka bayinya. Aku tarikkan selimut tebal ke seluruh badannya. Aku keluar dari bilik hotelnya. Seram betul mamat sorang ni. Dah la ni baru malam first dekat Frankfurt.

Aku ke bilik sendiri. Pintu terkunci sendiri bila aku tutup. Aku baring diatas katil.

Seminit.

Dua minit.

Tiga minit.

Argh Fariz! Aku tak boleh tidur sebab kauuuu!

**

Fariz didepanku menyapu mentega keatas roti dengan gembira. Argh dia ni buat-buat ke sleepwalking semalam? Pastu happy la buat aku tak boleh tidur. Grr

"Jihan. Tak makan ke? Kenapa muka kau macam tak boleh tidur?" tanpa serba salah dia menyoal. Hm maybe dia memang sleepwalking.

"Tak selera la." aku bersandar ke kerusi sambil memeluk bahu.

"Nah. Aku dah sapukan majerin. Nak jem apa-apa tak?", dia hulur dua keping roti yang dah siap bakar dengan majerin. "Disini kita ada jem coklat, kacang em. So? Nak mana?", dia pandang aku.

"Coklat la."

"Haaa kau ni bukan takde selera. Kau ni nak manja-manja je ha."

Aku rasa macam hentak je kepala mamat depan aku ni. Tapi nasib baik aku malas. So aku biar je.

Dia sapukan jem coklat atas roti aku. Ini tahun pertama aku kerja dengan Syarikat Buku Badang dan pertama kali juga aku ke Franfurt untuk Frankfurt Book Fair atau dikenali juga dengan Frankfurter Buchmesse (FBM) - pesta buku terbesar kat dunia. Syarikat buku yang aku kerja ni takde la besar mana. Publisher sederhana tapi aku berminat nak kerja dengan diorang ni sebab aku suka tengok budaya kerja diorang. Kerja 6 jam sehari dan ada kemudahan untuk kerja dari rumah 4 sekali dalam sebulan. So aku boleh kerja dari rumah sekali setiap minggu.

Peranan aku dekat syarikat ni penting jugak. Kerja aku design cover buku and make sure kalau orang tengok je buku tu, public knows buku ni syarikat kitorang publisher dia. Contoh macam kita tengok buku-buku keluaran Kota Buku 2019, mereka menerbitkan semula karya-karya lama dengan sentuhan yang lagi fresh dan baru. Dan bila tengok je, kita akan nampak ni design dari Kota Buku. 


Sama juga dengan buku dari Dubook, yang lebih bercorak indie dan rebel; LejenPress, main purpose mereka untuk golongan remaja, dan banyak lagi. Kalau antarabangsa, senang nak tengok Penguin Books. Setiap keluaran mereka, mesti ada tema dia sendiri. Syarikat buku yang aku kerja ni bervisi dan misikan Penguin - selain mencetak dan me'publish'kan buku-buku tempatan yang berkualiti, tapi kitorang juga nak membudayakan budaya membaca dan budaya buku.

Selain membuat 'benchmark' dekat cover page buku, kerja aku semestinya adalah antara menjadi orang-orang yang akan membaca buku pertama kali. Rasa honored dan menakutkan sebab kita kena mendalami kisah buku dia untuk make sure cover page kau ni kena dengan content dia. Lagi-lagi kalau buku fiksyen.

So one of stuffs yang syarikat aku akan invest setiap tahun adalah pergi ke pesta-pesta buku antarabangsa. FBM ni famous, so bos kitorang cakap kena pergi. Singapore Book Fair (SBF) dan Indonesia International Book Fair (IIBF) pun antara yang bagus sebab Asia punya pesta buku. Maybe tahun depan aku kena rotate pergi IIBF -fikir je aku dah excited.

"Jihan!", Fariz panggil. "Mengelamun ea? Aku punyalah excited jem coklat ni rasa lagi sedap dari nutella kat Malaysia, kau tak layan aku....."

**

1 tamat.

Comments

Popular Posts