Kehidupan kecil saya

Ada satu deraf aku siapkan dalam bahasa inggeris, tajuk lebih kurang sama cuma lepas baca blog Wan Nor Azriq, aku rasa aku kena tulis dalam bahasa aku. Mother tongue orang panggil haha. Sebab bila aku baca balik tulisan bahasa inggeris tu, perkataan sama asyik berulang, aku macam tiada cerita lain nak cakap, and mungkin, aku masih awkward nak guna keyboard baru untuk menulis. Maka, aku tulis semula dalam bahasa melayu, bahasa lidah aku.

Lepas baca blog Azriq juga, aku rasa kali terakhir aku menulis di sini ialah semasa raya. Aku cerita pasal raya kami simple tahun ni haha dan lepas tu penuh deraf. Dan aku pun tak tahu kenapa, aku masih mahu guna blogger sebagai medium menulis. Mungkin blogger adalah tempat aku bermula menulis. Dan aku suka menulis. Tak tahu kenapa bila dah besar dah tak suka menulis betul-betul. Tapi sebenarnya post ni bukan nak cerita pasal blogger atau deraf awal, tapi nak cerita mengenai kisah kehidupan seorang manusia kecil, yang hidup dia juga kecil. Ni bukan cerita aku tak bangga dengan hidup aku, aku rasa, aku suka kehidupan kecil aku.

Hari Rabu lepas, aku bangun pagi macam biasa dengan aktiviti harian yang dah siap senarai dalam otak. Nak sidai baju, siram pokok, jalan-jalan pagi. Dan tidak dalam senarai, aku berjalan kaki ke gerai ikan SM, dalam 3 minit jalan kaki membeli ikan kerisi 4 ekor buat makan tengahari. Tak tahu mood apa pagi tu, tiba-tiba rajin. Penjual kedai tu ialah jiran-jiran kami juga, isterinya, kawan arwah mak. Borak-borak sikit and benda paling best bila borak dengan orang tua (yang bukan mak bapak kita - sebab mak bapak dia kenal anak-anak dia), mereka suka bagi tips tak diminta. Jadinya, pagi tu aku tanya, ikan apa senang nak masak. Sebab aku kan kerja, aku malas nak fikir masak ikan renyah-renyah ni. Cik Mahani kata, ikan kerisi senang. Balik nanti kau bubuh kunyit, gara lepas tu goreng je. Makan dengan nasi panas, dengan kicap, sedap. And guess what? I did exactly the same. Cuma aku tambah la perisa dengan masak sayur sikit.

Cuma masa aku masak, dah la aku tengah semangat nak cuba, sekali gas habis. Abah takde, nawawi tidur. Aku pun dengan semangat dari pagi tadi naik basikal pergi kedai Acheh beli gas. Masa tu la aku rasa, aku suka hidup aku. Pukul 12 tengahari naik basikal cari gas, dengan angin sepoi-sepoinya, kedai Acheh tak jauh. Minta pekedai hantar ke rumah, siap suruh pasang kan gas baru sebab aku noob, tak tahu.

Aku tak tahu hari lain, tapi aku bahagia dengan momen-momen kecil yang aku experience baru-baru ni. Aku bersyukur hidup dekat kampung yang serba ada semua. Walaupun tak ada semua, tapi benda-benda asas aku tak perlu nak cari naik kereta. Aku bersyukur orang kampung ni tak bekeng, tak mengata, tak kisah dengan kejahilan aku yang tak boleh siang ikan dan minta suami Cik Mahani siangkan haha. Aku just happy. Aku nak ingatkan kat diri sendiri, untuk selalu bersyukur dengan apa ada. Memang, takde benda yang sempurna, sebab yang sempurna tu Allah je - tapi the more i look for the happy things, i forgot the flaws that people have. And i accept - as long as they not perfect, i also not perfect (macam terbalik tapi takpe la)

Semoga Allah mudahkan urusan orang-orang kampung aku. And mudahkan urusan aku juga.



Comments

Popular Posts