Becoming 30


Tahun ni, aku 27 tahun. Aku rasa, umur yang sangat panjang dan pendek ialah 25 dan 26. Dan tahun seterusnya ialah 27. Sebab aku masih belum menjangkau umur 28, 29 dan 30 (semoga Allah panjangkan umur aku untuk melihat umurku nanti), aku belum tahu adakah umur kemudian itu rasanya lebih panjang atau pendek. Atau keduanya.

2 tahun lepas, kali pertama aku bekerja. Adalah tahun yang teruja, dan menarik. Pertama kali pegang duit sendiri. Tapi adalah tahun yang keliru. Dan tahun yang banyak berkorban. Tahun kesedihan juga. Umur 25 adalah umur yang tersangat mencabar dan baru. Baru cuba kerja, baru cuba adapt dengan suasana kerja. Ada kawan baru. Dan, baru cuba hidup tanpa mak.

Semuanya berlaku sekejap tetapi perasaannya masih rasa hingga kini. Rasanya panjang untuk situasi yang sangat sementara. Perasaan pertama kali masuk kerja, perasaan pertama kali drive ke tempat kerja - bangun sebelum subuh, keluar seusai solat subuh dan kena tukar LRT dan jalan kaki di tengah-tengah bandaraya KL. Perasaan kena memilih kerja mana yang aku mahu teruskan. Malah, perasaan kerja yang lain dari bidang asal kita. Berbaur perasaan untuk seorang Hanisah yang baru berumur 25. 

Bila sudah 26, perasaan penat kerja - stress dengan bos, klien yang tak faham faham cakap kita. Perasaan berat dekat dada sampai menangis sahaja kita mampu. Perasaan nak give up tapi masih duduk menelah laptop untuk kerja yang sama. 26 ialah umur yang juga keliru. Rasa macam bertatih balik dengan diri kita semasa umur 7 tahun. 26 juga tahun tekanan darah naik sampai 140. Terpaksa ambil cuti sebab nak buat kerja tanpa gangguan. Tahun yang banyak kompromi untuk sesuatu yang tak perlu dikompromi, lebih lebih lagi bila melibatkan diri sendiri.

Tapi, peringatan untuk aku. Walaupun banyak cabaran jadi, banyak benda bitter kena lalu, banyak benda dah “kompromi” atas dasar - nanti tak jadi pekerja yang bagus - semua adalah satu pelajaran. Kalau aku tak lalu, aku tak tahu apa rasanya sakit hati dengan bos yang kau cakap banyak kali pun tak faham faham. Aku takkan tahu, pentingnya bina boundary dengan semua orang, pentingnya diri sendiri berbanding company orang. Dan pentingnya kita tutup laptop lepas pukul 6, sebab makna diri kita bukan dari kerja. Tetapi seluruh.

Sebab umur 25 dan 26 yang galau dan bermacam rasa. Aku tahu 27 bukan umur untuk berlapang dada dan hanya ambil penganjaran dari situ. Pembelajaran tak pernah berhenti. Malah masih panjang. 27 ialah umur untuk menjadi lebih faham diri dan lebih tegas untuk diri sendiri. Untuk take more time for coffee and slacks, but at the same time learn from it instead of beat myself for every mistakes i made. Bila kita faham diri, maybe kita lebih faham orang lain.

Rasa sakit dan penat selalunya panjang. Kita akan selalu tertanya, bila nak habis - habis kerja, habis layan klien. Rasa nak semua benda stop kat situ. Tapi bila sudah habis, rasa tenang kita akan buat kita rasa penat tadi satu rasa yang sekejap. Kita lupa yang benda tu akan jadi balik - mungkin dalam situasi berbeza. Aku nak selalu ingat, even if I can do it, somedays you may feel it back. So, if someone come to you and tell the same shit, don’t ever brag you can do it, because be honest you barely live.

I know be empathy is hell hard. But if you cannot listen to it. Just excuse yourself, dont give any comment because they are living it. Believe me one day kau akan rasa balik.

Untuk 2 tahun yang rasa baru semalam, aku harap aku tak menyesal dengan pilihan yang aku buat. Aku harap aku tak compare diri aku dengan orang lain dan persoalkan kenapa aku tak serajin dia. Kenapa aku tak se-konsisten dia. Kalau tak aku mesti dah famous. That was the best decision you made on that time, on that age, with all the knowledge you have.

Aku tahu aku ada lagi 2 tahun untuk jadi 30. Tapi aku harap sebelum aku 30, aku sekurangnya tahu kenapa aku hidup dan live this life to the fullest. Aku tak harap jadi angel tapi aku harap aku jadi baik.




Comments

Post a Comment

Popular Posts