Hidup yang cukup.

@mlrsya

Bila dah besar ni, dan dah penat dengan kerja, apa yang aku nak hanyalah kehidupan yang simple. Simple means, hati yang tenang, ada masalah pun boleh fikir dan selesaikan elok-elok, dan kesihatan yang baik. Aku dah tak mimpi sangat nak rumah besar, gaji besar, kereta besar. Asal ada, cukup. Duduk rumah yang selesa, dengan privasi dan boleh bayar utiliti tiap bulan.

Tak besar pun tak mengapa. Takde air-cond, takde katil besar atau berjubin pun tak mengapa. Memang asal ada. Tiap pagi boleh bangun dengar gema azan, lepas tu dengar ayam berkokok dan cicipin burung. Boleh nampak matahari naik perlahan-lahan, sambil hirup udara pagi tanpa perlu risau traffic jam. Jalan pagi depan rumah dengan pyjama dan tudung bibik, sambil main dengan kucing. Aku rasa, benda tu cukup dah. Walaupun pukul 9 pagi kena masuk kerja, tapi cukup 1 jam setengah pagi yang hidup begitu buat aku rasa tenang.

Hidup yang cukup tu, semua depends dekat definisi kita. Tapi cukup buat kita tu, material atau bersederhana?

Maybe sudah tiba masa untuk bercita-cita lebih rohani dan murni. Lebih kepada pendidikan hati dan diri, mengenali Tuhan dan mencapai perkara yang lebih tinggi. Bukan menafikan keperluan material secara seluruh, tetapi memilih perkara yang lebih membawa makna.

Dalam mencari cukup juga bukan mudah. Memerlukan tunjuk ajar yang betul, dan tak sewenangnya mengambil nasihat sesiapa. Senang kata, apa pun yang kita mahu, mesti ada ilmu yang benar - meletakkan perkara pada tempat asalnya.

Cukup untuk aku begitulah. Simple je. Atau mungkin itu mewah untuk sebahagian dari kita?

Selain belajar untuk merasa cukup, aku juga mahu belajar berbudi pada tanah. Walaupun kecil. Mahu cuba menanam cili, bina ruang untuk decompose, dan ada kebun kecil luar rumah untuk kita petik bahan memasak setapak keluar dari rumah.

Fikir sahaja sudah bahagia.

Bila sudah bekerja ni, itulah impian utama. Untuk hidup dengan merasa cukup dengan apa ada, dalam masa sama tak menafikan hak kita atas apa milik kita sepatutnya. Tidak mahu ada drama kehidupan, cukup hanya minum kopi depan pintu sambil hujan dan lihat anak jiran main bawah hujan.

Tapi apapun situasi kini, aku paling berharap aku bersyukur dengan apa yang Tuhan beri. Abah, adik-beradik, anak buah yang cheeky, teman dan sahabat yang kita percaya. Kerja yang baik, rumah yang selesa. Apa sahaja. Even untuk segala sakit yang tiba-tiba datang. Atau masalah kerja yang buat aku sakit kepala, aku harap aku bersyukur. Sekurangnya, Tuhan masih beri kesempatan untuk aku miliki benda tu.

Untuk post pertama setelah dua tahun hilang, aku harap aku menjadi orang yang baik. Dan aku harap kehidupan aku baik-baik sahaja walaupun ada ujian-ujian yang datang.

Dan aku harap, untuk sesiapa yang baca, moga ada kebaikan yang tiba untuk kita semua. Selalu ingat semua kebaikan Tuhan beri bila ada ujian datang nanti. Itulah hidup, memang akan ada turun naiknya.


@mlrsya

Comments

Popular Posts