Bye Year. I'm gonna miss you.
![]() |
| @Mlrsya_ |
2020 sudah mahu melabuhkan tirainya seperti tahun sebelumnya dan tahun ini, genap 366 hari, 2021 akan menjelma. Ayat cliche: pejam celik sahaja sudah masuk tahun baru.
Sebelum membuat entri terakhir 2020 ni, sebenarnya aku tidaklah teruja sangat untuk memasuki tahun baru; tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, di mana aku dengan semangatnya menulis azam tahun baru, senarai what-to-do dan where-to-go for the entire year. Mungkin kerana 2020 agak merudumkan semua rancangan dan impian, maka 2021 aku tidak mahulah berharap sangat (macam tu pulak kan haha).
Tapi selepas membaca mesej lawak tahun baru daripada seorang kawan aku, Aisyah nama dia, tiba-tiba semangat tahun baru tu datang dan tidak semena-mena aku terus membuka laptop dan menulis entri ini. Aku tahu, walaupun 2020 tidaklah semanis yang kita harapkan, 2020 masih memberikan impak kepada kita semua. Dan aku nak jadikan hari terakhir 2020 ini sebagai satu catatan terakhir sebelum membuka buku baru esok pagi (gelak huhu sikit).
Pencapaian terbesar tahun ni pada aku ialah, finally aku dapat kepercayaan untuk drive sendiri dari rumah ke Shah Alam seorang diri untuk intern selama sebulan. Sebelum ni, agak sukar untuk aku drive sendiri dan dibenarkan keluar dengan kereta sebab aku jarang gila keluar rumah - dan aku juga tak tahu aku boleh buat benda tu. Tapi lepas tu aku rasa, hm takde apa pun nak takut. I just have to push myself to do it.
Even though dekat seminggu juga aku guna maps untuk familiar kan diri aku dengan Shah Alam yang selalu jammed dan banyak bulatan tu, aku finally boleh je drive sendiri ke mana-mana aku nak lepas tu. Aku even boleh drive sampai KL, Putrajaya, Kedah dan Terengganu - even for these two, kitorang bergilir-gilir bawa, tapi kasi chance la aku kredit juga benda tu kan haha.
Selain itu, surely another big thing to note for this year is, I am finally a law graduate! Wuhu haha. It was a journey full of tears and excitement, but I managed to hold my transcript this morning. Aku macam amazed juga dengan diri sendiri sebab before aku dapat pengesahan tamat belajar November lalu, macam-macam jadi, macam-macam tak jadi and aku almost give up dengan UniSZA yang kadang-kadang sangat memurungkan tu.
Tapi sebab aku pujuk diri sendiri, aku tinggal sikit je lagi nak habis, so buat je la, tidak apa. Dan, haha akhirnya dapat juga aku tengok transkrip virtual aku - alhamdulillah. Only God knows how much I cried to make that happen (gittuw ko) haha.
Tapi life after graduation, not that beautiful I must say. I was disturbed with my own thoughts and doubts - nak sambung belajar ke, nak buat chambering ke, nak apa sebenarnya? Then I watched some of my friends chose chambering path, and aku still tak tahu nak buat apa. But I guess, that is the beauty of doubts. Aku belajar mengenali diri sendiri - sebenarnya aku nak apa dalam hidup? Apa aku tak nak buat?
I told myself, selagi aku tak figure out benda ni, selagi tu aku susah nak happy dengan apa pun aku buat. I consult ramai orang - kakak aku (she always be the biggest influencer in my life), Abah, kaunselor, kawan-kawan and termenung - ini paling banyaklah citer dia haha.
And this thing lead to another thing, which aku cuba buat benda yang aku tak pernah pun terfikir pun nak cuba dalam hidup and turns out - not bad! Even aku masih cari kerja yang lebih stabil dan rileks, tapi at least I proud that I try that thing.
And few things yang aku buat this year yang aku nak share (so one day aku baca aku amaze balik):
- Finish 100 books in a year which awal tahun dulu aku target nak baca 50 je but thanks to MCO, aku baca banyak gila buku dan habiskan buku-buku yang aku beli tahun-tahun lepas. As a reward, aku beli lagi banyak buku so aku tak gelabah kalau buku aku habis nanti (ceh);
- Made two sharing spaces in Instagram - satu: LexLucid. Akaun ni aku plan nak buat dari zaman study, lepas tu selalu bagi alasan busy. And alhamdulillah jadi juga buat huhu. My main concern to make this account will always be for public. Aku nak semua orang tahu basic law, basic rights kita as a Malaysian and apa yang jadi kat Malaysia - begitu sekali ha cita-cita. Tapi aku nak kredit kat sini, kawan-kawan sekolah aku yang encourage gila-gila untuk aku buat benda ni. Thank you for always believe in me and thank you for being my friends for 11 years! Wuhu.
- Akaun kedua: Addin Dua' - baca pun tahu kan ni akaun apa. Aku buat acc ni at the first place sebab aku susah gila hafal doa. So aku pun cakap kat diri sendiri, better aku tulis and tengok hari-hari. Aku bangga yang aku boleh manage 2 benda tu, despite of kemalasan aku yang besar ni haha.
- Discover and entered online courses - aku ambil 2 kelas: (1) The Art of Storytelling with Neil Gaiman dan (2) Economy with Paul Krugman. I told you, untuk konsisten dengan benda yang takde jadual tetap dan semuanya bergantung kepada diri sendiri ni - sangatlah susah.
- I found back my hobby - drawing. And now aku fokus untuk buat digital illustration and make it better.
- After 6 years of silence, aku akhirnya buka balik blog lama dan cuba aktif menulis balik sebab menulis akan selalu jadi benda yang aku sangat suka dan aku nak dedikasikan benda yang buat aku bahagia di sini.
*
Last but not least, even 2020 full of downs than ups, I think what we need will always be support and encouragement to each other. I want to thank my family actually for being there, my friends, classmates, and all people that involve direct or indirectly in my life this year. I want to welcome more people into my life for 2021 and may Allah ease all of us.
Just for memories, I want to put some 2020 pictures to reminisce the good things that happened this year. Jumpa tahun depan!
![]() |
| This sitcom gives comfort more than anything this year haha! |




Comments
Post a Comment