Khabar Baru (2)
![]() |
| Francesco Bongiorni - Dall’idea all’immagine, le illustrazioni |
Masing-masing sudah berada di puncak Bukit Tabur. Pemandangan yang mendamaikan dengan empangan hanya boleh dilihat luas dari atas. Jihan berdiri di hujung dan melakukan regangan ringan. Dia menarik nafas panjang. Segarnya. Lama dah tak naik bukit.
"BAH!", Fizi dari belakang menyergah sambil tangannya menarik hujung baju Jihan, takut-takut kalau dia terkejut sangat sampai terjatuh. Dah jadi kes bunuh ha.
"Tak lawak do Fizi..", Jihan menoleh sambil gelak sedikit. Dia terus memukul tangan Fizi yang berada di hujung bajunya. Fizi gelak. "Mana lain?". Jihan menyoal apabila melihat hanya Fizi berada dekat dengannya.
"Ada tu ha, kat hujung sana. Minum air", Fizi menuding ke tempat tiga sekawan sedang duduk berehat di atas tanah sambil meneguk air mineral masing-masing. "Kau nak air tak?", Fizi menghulur botol yang berisi air kosong. Jihan geleng.
"I got mine. Don't worry". Tangan Jihan masih dicekakkan di pinggang. Nafasnya masih tercungap sedikit. Tapi peliknya, Jihan tidak berpeluh sangat.
"Ok ok, jom ambil gambar..", Iman dari tempat duduk sebelah sana bersuara. Dia bangun sambil mengibas-ngibas punggungnya untuk membersihkan tanah yang melekat di seluarnya. Kamil dan Fariz juga bangun serentak selepas Iman bersuara.
"Berapa kali pergi pun, kena ambil gambar ke...", Fizi merungut. Jihan gelak. Iman sudah mengeluarkan telefonnya daripada poket. Kamil terus memaut bahu Fizi yang bermalas-malasan.
"Lepas ni kita panjat gunung la..boleh tidur kat atas sana, buat camping..", Fariz memberi cadangan. Jihan angguk.
"Best juga, tapi one of you guys, ajaklah girlfriend korang. Nanti aku tak boleh ikut..", Jihan membalas dengan membuat muka merajuk. "Takpun bawa adik atau kakak korang".
"No....mesti diorang bising, penatlah, beratlah, so no!", Fizi terus membalas dengan menggeleng kepalanya laju. Fizi adalah satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Dia mempunyai seorang kakak dan dua orang adik perempuan yang kesemuanya sangat keperempuanan, dan selalu dibuli Fizi yang memang dari kecil nakal. Dia dibesarkan oleh datuknya di kampung dan berkawan dengan anak-anak kampung yang sangat lasak. Dari kecil dia sudah belajar berdikari dan meneroka segenap kampung. Jadi, walaupun adik-beradik Fizi semuanya perempuan, dia tiada langsung perangai 'keperempuanan' mereka.
"Nanti kau boleh kenalkan adik-adik kau dekat Kamil ke, Fariz ke..haa, kan bagus tu..", Jihan berseloroh. Fizi menggeleng lagi.
"Tak perlulah. Pandai-pandailah depa cari awek sendiri". Fizi membalas. Yang lain semua ketawa dengan cadangan Jihan untuk menggandingkan adik-adikk Fizi dengan dua orang teman mereka.
"Nak makan apa ni lepas ni..", Jihan menukar topik sambil membetulkan posisinya sebelum mengambil gambar.
"Ada satu kedai breakfast baru dekat sini. Jomlah cuba!". Kamil membalas. Jihan terus senyum besar. Happy tummy, happy life.
"Ok, 1, 2, 3!"
*
Habis sahaja makan, masing-masing bergerak ke kereta. Mereka hanya memandu dua buah kereta, satu kereta Fariz dan satu lagi kereta Iman. Yang lain hanya menumpang. Memandangkan Iman, Fizi dan Kamil serumah, mereka bergerak ke Bukit Tabur sekali. Dan Fariz mengambil Jihan di rumah, seperti biasa.
"Bye, jumpa nanti!", mereka melambai sesama sendiri di tingkap kereta. Kereta Iman bergerak dulu, baru kereta Fariz menyusul di belakang. Jihan menekan butang radio di dalam kereta Fariz. Tiada lagu yang menarik.
"Pasang bluetooth tu, pastu buka Spotify ke pape ke", Fariz bersuara selepas Jihan menukar-nukar siaran radio berkali-kali tetapi tiada lagu yang menarik hatinya. Jihan membalas ok dan memasang Spotify. Lagu di dalam playlist 'Liked Song'-nya ditekan.
"Lagu apa ni?", Fariz menyoal. Dia memang ketinggalan sedikit bab-bab hiburan ni. Selalunya dia memasang podcast di dalam kereta. Pagi tadi juga dia memasang podcast sebab Jihan tidur sejurus sahaja dia masuk di dalam kereta.
"Diamond, Sam Smith". Jihan membalas pendek sambil menyanyi mengikut lirik di skrin telefonnya. Fariz angguk, buat-buat kenal. Padahal dia tidak tahu pun Sam Smith tu siapa. Fariz membiarkan Jihan menyanyi sendiri dulu sehingga lagu tadi habis, barulah dia bersuara.
"Are you ready to talk?", Fariz menyoal dengan matanya tertumpu di hadapan. Jihan senyap sambil memilih-milih lagu di Spotify-nya dengan badannya berbongkok ke hadapan, dekat dengan radio. "Jihan..", Fariz memanggil, minta soalannya dibalas.
Jihan bersandar sambil menarik nafas. Kepalanya disandarkan ke kusyen kereta dan memandang ke jalan hadapan.
"Fizi told me". Fariz terus ke topik yang ingin dibualnya. Jihan tahu yang Fariz mesti akan membuka topik tersebut. Dan dia juga tidak boleh terus berahsia. Dia bercerita semua benda kepada Fariz. Tetapi Jihan masih senyap.
"We all know you sad, Jihan. So just tell me".
"Aku tak nak korang kasihankan aku, aku tak nak korang comfort kan aku". Jihan membalas dengan nada setara. Dia masih memandang jalan hadapan. Dari Gombak ke rumahnya mengambil masa hampir sejam, jadi Fariz mempunyai banyak masa untuk mengorek kisah itu.
"Kenapa?", Fariz pelik.
"Korang dah selalu back-up aku, padahal benda dah lama. Aku just nak jadi rasional je sekarang".
"But you don't emotional". Fariz membalas.
"For now. Nanti aku cerita, aku nangis".
"Ok now. Bagitahu aku, kenapa kau rasa kau akan nangis? Kau tak suka dia, dia pun tak appreciate kau. He replaced you three days after you guys broke up. So, kenapa kau nak sedih?", Fariz membeliakkan matanya. Nada suaranya masih sama, mendatar sahaja. Tapi ayat yang keluar dari mulutnya, tidak kedengaran biasa. Soalannya memerli Jihan. Jihan senyap nombor plat kenderaan hadapan. Kereta Iman sudah memecut laju.
"Jihan?", Fariz memanggil nama Jihan selepas lama dia tidak membalas apa-apa. "Kau boleh tak balas soalan aku?".
Jihan menarik nafas panjang dan menghembus perlahan. "Maybe aku, hmm" Jihan membalas sedikit-sedikit. "Maybe aku teringat memori aku dengan dia. Maybe aku..Hm, benda tu takkan hilang, Fariz. Sampai bila pun takkan hilang", Jihan masih memandang kenderaan hadapan. Kereta hadapannya bukan jenis sedan atau sport, tetapi dia tidak boleh membezakan jenis apakah kereta di hadapannya itu. Kemudian dia menyambung.
"Maybe aku sedih juga sebab the fact yang aku je teringat memori kitorang. Dia dah lupa". Jihan menyambung. Dia menggigit bibirnya. Dia tidak menangis. Sikit pun tidak. Tiada tanda-tanda yang dia menahan air mata juga.
"Aku selalu bagitahu kau kan, benda tu normal. Tak salah pun kau nak sedih sebab kau teringat lagi dia. It just shows that, kau manusia biasa". Fariz membalas pendek.
"Tapi masalahnya, kenapa aku? Kenapa dia boleh lupa, tapi aku tak boleh lupa?", Jihan membalas laju. Suaranya tidak tinggi tetapi keras. Kini matanya memandang Fariz.
"Kenapa kau kena fikir dia? Dia tak pernah pun fikir kau...".
"The fact yang dia tak fikir aku..", Jihan memotong laju tetapi ayat tidak dihabiskan. Ada nada kecewa tetapi kekecewaan yang tidak tahu ada asas atau pun tidak. "Dan masalahnya, bukan aku yang minta untuk fikir dia. Benda tu tiba-tiba je datang. Kalaulah aku boleh kawal otak aku, 'eh stop dont think about him, enough!'", Jihan mengecilkan suaranya untuk dimimikkan. Matanya dijulingkan. Sungguhlah, siapa je mahu terfikir pasal bekas teman lelaki. Benda tu datang secara tiba-tiba, tidak dipinta pun.
"Ok, I know. Kalau kau fikir pasal dia, you just let the thought linger around your head..", Fariz membalas lambat-lambat. Dari sisi kiri Fariz, dia dapat lihat Jihan memusingkan badannya memandang Fariz dengan muka berkerut.
"Ya, sabar. Bagi aku habis cakap," Fariz gelak. Tahu sangat Jihan ni memang suka potong orang cakap. "Kenapa kau kena biar je fikiran tu? Sebab kalau kau suppress, kau deny yang kau ada lintasan tu, kau akan lagi sakit. So, kau biar je. Lintasan tu tak boleh buat pape. So sambil kau fikir, kau buat je la benda lain. Suppressing will never let you free. Embrace it. The one who give you the thought is God. If He wills, He will take it back one day". Fariz membalas panjang. Jihan memandang hadapan balik. Pandangannya kosong.
"So, Jihan. Aku tak kisah kau nak nangis, tapi aku tak suka kau nangis sorang-sorang. Aku tak suka bila kau sedih, kau cakap kau tak sedih. Kau nak nangis ke, nak merepek merabai ke, just call me. Ok?"
Jihan angguk lambat.
"That's okay if you have to go through this longer than him. It isn't your fault. Nak buat cemana, kan? It will make you stronger than ever". Fariz menyambung lagi. Dia membelokkan kereta ke stesen minyak dan memarkir keretanya.
"Jom, aku belanja aiskrim". Fariz memandang Jihan sambil melonggarkan tali pinggang keledar dan membukanya. Jihan terus senyum lebar.


Comments
Post a Comment