Nasihat Cinta
Minuman yang dipesan sepuluh minit tadi tiba. Satu mug teh o panas dan satu gelas teh o ais. Fariz menolak gelas teh o ais kepada Jihan. Jihan pandang Fariz. Menanti jawapan. Jihan harap Fariz setuju dengannya bahawa bercinta itu sakit dan, tidak perlulah terlalu berfikir sangat untuk mencari cinta itu. Nanti ia akan menyakitkan diri sendiri.
Fariz menghirup sedikit teh o. Panas lagi. Fariz memandang Jihan. "Kau boleh nasihat orang pasal bercinta, tapi kau tak boleh larang orang untuk bercinta. Untuk mencintai dan dicintai itu, fitrah."
"Tapi bila kau bercinta, kau takkan rasa bahagia pun setiap masa. Kepala kau sakit, pastu kau overthink kadang-kadang. Risau. Hidup kau tak tenang.", laju sahaja Jihan membalas. Dia menyandarkan belakang badannya ke kerusi plastik restoran mamak.
"And indeed, Jihan. That's love. It just not only give you this butterfly feeling, tapi dia hadir sekali dengan resentment, mad, crazy. And that's normal. Kita sayang kawan kita, so kita nak protect dia tapi dia tak nak dengar cakap. So kita marah. Normal. How can you think love will only give you happiness? That's selfish.".
"Why selfish? You want the best for your friends".
"Pada aku that's love and that's life. Itu beauty of love. You cannot be happy all the time." Fariz pandang tepat bola mata Jihan.
"Aku pernah bercinta, aku pernah frust, aku pun pernah meroyan dan, guess what? Aku pun pernah single. And by the way. Sometimes people will tell that you are absurd. Kau tak pernah single, tapi kau kata jangan bercinta, better single. As if kau pernah single. Try be single once, then you can say like that. Be empathy. That's the key.", Fariz senyum segaris. Dia memeluk tubuh dan badannya memandang ke Jihan.
Jihan buka silang kakinya. Dia membawa tubuhnya ke depan meja. "But if love only give you resentment, all the time..?"
Fariz angkat kening. Diam sekejap sebelum membalas. "Kalau macam tu, kau yang kena make sure kau betulkan dulu relationship kau. Don't do rush decisions. You will regret, forever. God gives you brain right? And you got the human brain. Not ostrich. So think! If you think that relationship is not worthy enough to keep, settle it properly.", muka Fariz serius dan Jihan senyap seketika.
"Ok ok. Aku ada soalan lagi. Kau tak takut ke, kalau orang cakap macam-macam belakang kau?"
Fariz gelak. "Kenapa aku kena takut?"
"I mean bukanlah takut. Cuma kena bash ke. Sometimes we made wrong decision. Then when we try to make it right, tapi kita orang akan mengata-ngata. Kau tahulah, aku pun tahu aku useless. Aku dah buat dia sakit, dia damage. I just want to make it right."
"Entahlah Jihan. Aku rasa, aku lagi takut kalau aku mati dengan kekesalan dan kalau aku hidup dengan kerisauan. Peduli apa orang nak cakap, depa bukan aku, dan aku bukan depa.", Fariz menyisip lagi teh o di hadapannya. Sudah kurang panas. Manis. Sedap.
Fariz meletakkan mug teh o tadi ke atas meja. "Kalau kau rasa keputusan kau buat betul, dan boleh bahagiakan kau, walau apa pun jadi pada masa hadapan, just go for it, Jihan.". Fariz berhenti sekejap dan memandang Jihan.
"Dan kau tahu kan, apa pun keputusan kau, aku akan selalu sokong."
Jihan senyum. Ya, itu yang dia mahu dengar. Ke mana pun aku pergi, aku tahu jalan pulang dan aku mahu selalu pulang.


Comments
Post a Comment