balighna

Titik air itu akhirnya jatuh juga ke pipi. Sebak tidak tertahan lagi. Lutut terus lemah pantas tersungkur di hadapan pusara itu. Kelopak mata itu cepat menutup bola didalamnya lalu ia terus mengalir bagai air terjun yang tiada henti curahannya. Ditekup terus wajahnya dengan kedua-dua belah tapak tangan. Sedu-sedan hingga bahunya terhinggut-hinggut. Ada tangan dari arah belakang mengusap lembut bahu kanannya. Dia yang sedari tadi melayan keesakannya menarik nafas panjang lalu menoleh kearah tuan yang memberi usapan itu.

Dia berdehem kecil. " Pakcik, tinggalkan saya sekejap kat sini? Nanti saya pulang sendiri "

Orang tua itu mengangguk. Lantas pemuda itu ditinggal sendirian di tepi kuburan yang masih merah tanahnya. Nisan itu diperhati lama. Tuhan. Sungguh. Ajal maut itu di tangan-Mu. 



*******


Umurnya sudah mencecah 39 tahun. Esok genap 40. Dan masih dia membujang. Sendiri. Dia adalah lelaki berjaya padaku. Sangat. Dia punya saham berlimpah-limpah, harta yang tak terkira banyaknya, anak syarikat yang bertebaran di seluruh muka bumi. Keluarganya bahagia. Tapi dia masih membujang. Dia, ada rupa. Tapi, dia ada satu ketakutan yang menyebabkan dia masih single hingga sekarang.

" Saya takut untuk bercinta. Bukan sebab saya pernah ada awek curang tapi saya takut hilang dia. Saya sangat takut untuk merasai kehilangan. Mungkin dia mintak break. Tapi saya serik untuk menghadapi break yang kekal. Maksudnya, kami break dan selamanya saya takkan ketemu dengannya lagi. Selamanya. "

Mungkin pada orang lain, mengapa saya tidak mencari yang lain sebagai ganti? Bunga bukan sekuntum di dunia ini. Berjuta. Malah berlebih-lebih. Sampai bisa seorang lelaki bernikah empat? Jadi mengapa saya mengambil keputusan untuk 'setia' pada yang tiada?


S.E.T.I.A


Hanya mereka yang hebat sahaja bisa. 


"Assalamualaikum. In sha Allah, esok kami dah pulang M'sia. Tunggu kepulangan kami "

" Waalaikumusslam. In sha Allah wehh. Take care. Dah sampai bagitau "


Perjalanan dari Abu Dhabi ke Malaysia memakan masa hampir 8 jam dengan kapal terbang. Sangat penat. Sepanjang di dalam pesawat, kerja aku - makan tidur games selfie tengok album. Tu je. Nak berhubung dengan dunia luar memang tak boleh.  Atas angin la katakan. Hmm, solat jangan lupa kay? Solat hormat waktu. 

Ini adalah perjalanan pulang aku dari Abu Dhabi buat kali terakhir. Dah habis study. Alhamdulillah. Even sedih sebab kena tinggalkan UAE yang pada aku sangat laa gempak, tapi aku still nak balik Malaysia. Tetap nak balik. Nak balik. Buah hati pengarang jantung aku tinggal kat Malaysia kay? Mana boleh tak balik?



***


8 tahun lepas.

Sekolah Persendirian Tuan Abdul Hisyam.

Dataran Besar Sekolah. Khamis pagi.



Loceng berbunyi. Para pelajar berpusu-pusu ke dataran. Ya. Harini hari terakhir sekolah dalam minggu ni. So, as usual. Pepagi macam ni, adalah weekly assembly. Bosan. 

Habis je segala keprotokolan pagi, kami semua dibenarkan duduk. Ni, kalau dah bagi duduk, jawabnya tido la aku. haha. Topup tido malam tadi. Fly ke bandar, karaoke sampai 3 pagi. Subuh pagi tadi pun hampir je jadi subuh dinasour. Mandi pun ala-ala kerbau tak cukup air je. Baju, semalam punya. Asal siap, jalan je la ke sekolah. Tu pun dekat 13 kali ketua asrama menjerit nama-nama kami yang lambat. Untung ketua asrama tu kawan kiteorang. Kalau tak, memang debik ah kiteorang bagi. haha. 

" Ehem ehem " tiba-tiba ada seseorang berdehem. Sape pulak yang tegur aku niii? Muka aku dah ah toyo gile ni. Tape ah. Dongak je.

" Form 5 sila penuhkan depan "

Haaa? Muka aku dah tarik sikit. Hek eleh budak ni. Pahal nak suruh-suruh aku ke line depan? Sukati aku ah. Aku geleng. Mulut kunci. Malas nak bertekak.

" Fariz, ke depan laa. Banyak kosong tuu " eh? Aku menoleh. Fique ! Patut ah lembut je suara. Fique ni pun semalam join kiteorang berkaraoke. Taktahu aura apa dia guna, segak je harini. Pengawas la kata kau. Mana boleh selekeh. Sebab Fique yang suruh, baru ah aku gerak ke line depan. Memang kosong pun. Mana ada form 5 nak duduk depan wehh. Skema habes kott. Lagi yang gengster macam aku ni. 

Jalan je la. Nampak tempat, duduk. Hmm. Tongkat dagu pakai tangan kiri. Lengan tegak kat lutut kiri. Huaarrgghhhh ! Menguap. Memang mengantuk. Sangat mengantuk. Hmm, pagi ni memule kelas apa haa? BM? Tak tak. Hmmm. Ohhh Sejarah. Chantek. Sedap tido haha.

Dewan tiba-tiba gemuruh dengan tepukan kuat para pelajar. 

Tersedar sekejap dari lamunan. Jap. Pahal ni?

Mata menala keatas pentas. Ada penyampaian hadiah ke? Ohhh. Hadiah apa ni?

" Weh, Riz. Hadiah apa ni? " tiba-tiba Aliph dari belakang mencuit. Haha. LOL gile woi. Aku pun blur. Bahuku angakat kedua-dua belah. Mataku memandang keatas pentas. EH?

Usher yang tolong angkat dulang tu..

Senyuman dia. Cantik.
Gaya dia. Elegan.

Bibir mengukir senyuman tanpa sedar. Mata tidak berkelip.

" Hamboi, pandang anak orang tak tembus dinding haa "

Dan aku baru perasan gelagatku diperhatikan teman-teman.

" Dia budak batch kita. Zara nama dia. Pengawas. Budak kelas tiga "

Telinga mendengar butir-butir dirinya sambil mata tak lepas memandang dia diatas. Cair kot. Sumpa lawa. Lagi-lagi senyum dia. 

Aliph tepuk dari belakang. " Dah dah meng'usha'nya tuu. Tak lepas haa. Nanti stalk fb dia"


***



Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur.
2100
Februari 2014

Suasana penuh. Ramai sangat orang. Mana parents aku ntah. Tapi, aku nampak..

" Fique ! " asal dia yang jemput? Bukan ke semalam kata Mak nak ambek? Sekali dengan..Zara?

Fique sambut dengan senyuman. Lama gile kot aku tak jumpa kawan-kawan seperjuangan aku. Kiteorang bersalaman dan berpelukan. Tiba-tiba, Fique peluk lama. Esak terdengar. Pelukan terus aku leraikan. 

" Fique! Kau pahal weh? " aku menyoal sambik bergurau. Rindu sangat dengan aku, sampai terharu menangis haa haha.

Fique senyum. " Jom jom gerak. Lambat dah ni"

Aku angguk. Lambat?

Fique pandu pacuan empat roda tu. Laju. Suasana dalam kereta diam dan senyap. Hati aku tak sedap. Pahal ni? Lain macam je rasa. Aku pandang Fique.

" Weh, Mak aku okey kan? " teragak-agak aku tanya. Husnuzdon aku pun ada limit jugak. Tak pulak Mak pm pape kat aku.

Fique angguk. " Mak kau sihat. Jangan risau. Tapi.."

Tapi? Aku bagi Fique habiskan ayat dia.

" Zara"

Hati aku terus berdebar. Za..ra?

Fique pandang aku sekilas. " Aku harap kau sabar sangat Riz " suara Fique bergetar. Nafas aku dah turun naik. Ya Allah. Istighfar aku banyak dalam hati. " Zara, accident"

Jantung aku seakan berhenti sekejap. " Zara.."

" She's coma for a day. And, Dr sahkan dia..meninggal"

Air mata tak tertahan terus mengalir di pipi. Air liur seakan masin hingga tak mampu nak telan. Istighfar aku makin lebat. Ya Allah.

" Riz. Kita terus ke rumah arwah eh?"


***


Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur.
0800
Mac 2012

Sorang-sorang aku salam. Jap lagi nak fly dah. Hmm berat hati pulak nak tinggalkan Malaysia ni. haha. Bukan nak tinggal Malaysia. Nak tinggal orang kat Malaysia nii. Dah lah baru dua bulan tunang. Cehh aku ni pun. Baru tunang.

Zara. Tunggu aku balik UAE. Sekejap je dua tahun tuu. Pastu kita build 'rumah' kita sama-sama. Kau habiskan degree kau kat Malaysia ni elok-elok. Aku pun camtu.

" Take care"

Aku pandang dia lama. Dia orang last aku jumpa sebelum gerak ke balai berlepas. Senyum je dia ni. 

" Take care je? " aku menyoal. 

" I'll wait for you here. Molek-molek study kat sana " dia senyum lagi. Aku pulak rasa nak nangis. Minah ni rilek je.

" Tunggu aku. Ingat janji kita "

Zara gelak. Poyo la mamat depan aku ni. " Habiskan degree. Jangan risau aku "

Masing-masing senyum. Dan masa untuk aku gerak sudah tiba. 

Tangan melambai. 

Bye. In sha Allah kita jumpa lagi.

In sha Allah. Panjang umur kita jumpa lagi.



*******


zara. janji aku ingin kau sahaja jadi suri aku. aku pegang kata-kata aku. dan aku redha dengan pemergian kau walau aku sama sekali tak pernah terfikir bahwa hal seperti ini Allah uji aku. janji aku, ingin kau jadi bidadari aku di sana. tunggu aku di pintu jannah. aku . 



^^




*******



dead will never wait for us.
hargai mereka di sisi kita.
 peluang itu datang hanya sekali.


.tamat.



Comments

Post a Comment

Popular Posts