nol.

Habis akhirnya kelas hari ini. Penat gila. Memang nak gila pun aku. Hari-hari habis kelas pukul 4. Pastu kalau ada kelas tambahan, malam dah gelap baru habis. Huh! Sibuknya aku. Camni rupanya rasa jadi budak U. hehe

Kaki melangkah ke dalam rumah. Sunyi je. Hmm nampaknya semua orang masih belum pulang. Aku orang pertama balik harini. Yahooo ! Seronok macam hape ntah aku ni.

Bilik dimasuki. Buku diletak atas meja studi. Tudung dibuka dan dibentang atas tilam yang berbalut cadar ungu. Huzaireen merenggang-renggangkan badan. Sengalnya sendi-sendi aku. Ni kalau buat urut ni sedap. Seminggu tak bangun. haha

" Assalamualaikum " terdengar suara dari arah pintu utama. Huzaireen menjengulkan kepala. Melihat tuan empunya badan yang memberi salam.

" Waalaikumussalam. Woi "

" Eh kau? Asal balek awal harini? " Aisya menyoal sambil kakinya dibawa ke bilik lagi satu. Huzaireen gelak sekejap. 

" Rare kan aku balek awal? Selalu aku laa paling lambat sampai rumah "

Aisya turut gelak. Dia kemudiannya menyinggah ke bilik Huzaireen lalu duduk diatas katil Husna yang masih belum pulang. " Tau tape. Asal? Prof AJ bagi keluar awal ke? " 

Huzaireen gelak. " Haah. Alhamdulillah. Dia ada program kat luar. So, kena gerak cepat. Tu yang bagi kiteorang off cepat harini. Semua happy gila "

Aisya turut ketawa. Huzaireen. Teman satu rumah dengannya tapi bilik dan aliran berbeza. Dia budak akaun. Aku budak sastera. Dah dekat 3 bulan jadi house-mate dia. Alhamdulillah. Semua house-mates aku sporting , gila-gila and paling best, semua satu kepala. Even kami semua kelas lain-lain, tapi otak semua serupa. Dan yang paling best dapat satu rumah dengan diorang,

" Malam ni, malam jumaat kan? " Huzaireen menolehnya. Aisya angguk. " Jom yaasin kat masjid depan tu? Lama dah tak jemaah reramai "

" Haah laa. Selalu kita berbulatan kat rumah baca Kahfi je. Hmm, jom ! Nanti diorang balek kita ajak sekali " Aisya senyum. Huzaireen juga. Ya. Ini la. Mereka sangat suka ajak aku buat baik. 



*******



Selipar disarung ke kaki. Masing-masing keluar dari masjid. Harini ramai orang ke masjid. Termasuk budak-budak satu kampus dengan aku. Semua muka familiar je time masuk masjid tadi. hoho.

" Wei, korang ! Tunggu ah aku der ! Stokin tak sempat masuk jari kaki den ni " suara Adilah memecah keriuhan orang-orang yang berpusu-pusu keluar dari masjid. Semua menoleh. Adilah sengih. Cepat-cepat tangannya menyarung stokin ke kaki lalu bangun untuk terus melangkah keluar dari ruangan solat wanita.

" Ko ni Dila. Tu ah. Dari tadi orang suruh cepat, ko borak je dengan mak cik tu. Mak cik kandung kau ke? " Huzaireen menyoal. Adilah sengih.

" Halaaa seronok pe borak dengan makcik-makcik ni. Bila lagi nak bersilaturrahim dengan warga sekitar sini? " hecehh ayat aku. Tak bole blah.

" Poyo gila Dila. haha. Korang lapar tak? " tiba-tiba Zirah mencelah. Dia yang berjalan laju ke hadapan menoleh ke belakang. 

Adilah mengangkat tangan sambil dilambai-lambai kearah rakan-rakannya. Tiba-tiba. Gaya macam anak-anak ingin menjawab soalan guru. " Haaa. Korang-korang. Makcik yang borak dengan aku tadi tu kata, kat belakang masjid ada orang agih-agihkan makanan. Jom ah rembat. Free of charge "

Semua muka eksaited. Masing-masing lapar. Ngantuk lagi ikut pak imam baca yaasin dengan penuh ke'tartil'an tadi. Dengar ada makanan, semua mata terbuka.

" Haa jom jom ! Bagus ah Dila. Berkat borak dengan orang tua. Lain kali borak lama lagi " Zirah laju kearah belakang masjid. Adilah gelak. Haish. Dengar makanan..terus hilang kutuk aku tadi. haha.


********

Tok ! Tok !

Huzaireen yang sedang khusyuk menghadap laptop menoleh ke pintu. Nina.

" Haa ada apa? " mata kembali menghadap laptop.

" Taknak makan ke? "

Pantas kepala memusing 270 darjah. " Sape masak? "

Nina senyum segaris. Hamboii dengar makan terus cepat pusing aku. hehe. Nak kenakan laa. " Aku la pun. Sape lagi nak memasak pagi-pagi jumaat ni?? "

Huzaireen terus kembali menghadap laptop. " Kau masak ke? Takmau ah " budak Nina ni kalau masak sama je macam aku. 

" Ceh! Dengar aku masak terus taknak makan. Jom ah. Dila dengan Husna yang masak "

Sepantas kilat Huzaireen bangun. " OK. Jom "

Nina memandangnya sinis. Kureng. Memilih. Masak taknak.

" EH? Jangan kutuk aku dalam hati ye Nina. Jom makan ! "

Haha. Nina gelak. Dia ni kasyaf aku . Kahkah


*******


OK. Ini kalau campur ni, gerenti tak dapat jumlah ni. Kalau campur dengan total atas, lagi la. Sampai kiamat pun tak akan dapat last total. Hmm, acano nii?

" Haa, dapat tak total akhir? " Nazihah menyoal. Huzaireen memandangnya. Kepala geleng lambat-lambat. Nazihah mendekatkan wajahnya ke buku Huzaireen. Aina juga. Pensil Nazihah menconteng buku panjangnya.

" Camini buatnya. Korang kena dapatkan total atas ni dulu, baru korang campur dengan the last one ni. So, dapatlah jumlah akhir. Faham? " 

Huzaireen dan Aina angguk cepat. " Paham paham " serentak mereka bersuara. Cepat cepat kiraan dibuat. Senang je. Aku terlepas pandang satu kiraan. Dah blur sekejap.

zzz..zzz..zzz

" EH? Reen, kau punye phone vibrate " Aina bersuara. Huzaireen mencapai Samsung S5nya diatas meja batu bulat itu. Dilihat nama yang tertera atas skrin.

" EH? Wei, korang ! Ni. Yani call " cepat-cepat butang 'loudspeaker' ditekan. Masing-masing mendekatkan tubuh ke telefon Huzaireen.

" Assalamualaikum Reen ! "

" Waalaikumussalam. Weeiiyyy ! " serentak tiga orang sahabat itu menjawab. Yani di hujung talian gelak. Dengar suaranya yang serak-serak basah itu ketawa.

" Woi, mimpi apa call aku tiba-tiba? Rindu aku ehh? "

haha. " Sangat rindu kat korang. Sihat dok? "

Masing-masing berebut untuk bersuara. Terdengar di sebelah sana juga riuh-rendah ingin bersuara. haha. Rindu korang. Semua dah bawa haluan sendiri. Tapi, tak pulak lupa aku. Mata rasa masuk habuk dekat taman rekreasi kampus. haha. Tiba-tiba. 

Thanks kawan. Masih ingat aku. Aku juga. Pasti ingat kalian.


*******


Semalam.
Masih terbayang di ruang mata.
Bayangan kalian menyinggah di benak jiwa.
Berlari.
Ketawa bersama.

Semalam.
Pasti tinggal menjadi sejarah.
Yang tidak akan berulang.
Walau cuma sedetik.

Kalaupun ingin kuputar waktu.
Agar dapat kembali ke masa itu.
Pasti.
Akanku raih sepenuhnya.
Bersamamu.


cehh. bajet puisi tapi tak puitis pun. haha


Papepun. Selamat melangkah ke alam baru. 
Fasa baru. Dunia baru. eh? haha. 



Dikesempatan ini, aku nak ucapkan selamat maju jaya kat KITA semua.
Ke mana pun kita sambung.
Malaysia ke, oversea ke.
Kat ceruk mana pun kita terjun.

Timur-Barat-Selatan-Utara

Form6 Asasi Matrikulasi Ipg Poli Diploma ka

Yang penting cita-cita kita semua sama.
Iaitu mencapai Mardahatillah dan berjaya di dunia
dan Akhirat sana ^^


monster pun bak belajaq. lagi kita manusia. kahkah


Last but not least.


Jangan putus asa. Dan jangan sesekali terputus hubungan dengan 
Tuhan. 

Kat mana pun, kita tetap hamba Dia.

jangan pernah sesekali pun tinggal solat dan Quran ^^
OK? Janji eh?


hopefully we're the one who always grab the oppurtunity


Dan sesungguhnya ulama' itu waris anbiya'
(hadith)



Thanks-a-lot cos reading until the end of post.
Good luck Daies sekalian :)

sayang korang <3





Comments

Post a Comment

Popular Posts