Destiny.

Langsir labuh yang dipasang pada pintu sliding rumah dua tingkat itu ditolak ketepi. Separuh ke kanan dan separuh ke kiri. Pintu sliding itu pula dibuka. Angin sepoi sepoi bahasa menerpa kearahnya. Haaa nyamannya. Subhanallah. Hekhek. Lupa nak mention nama Tuhan.

" Abang "

Adli yang sedari tadi leka dengan buaian angin tersedar. Dia menoleh seluruh tubuhnya, memandang suara yang memanggilnya. 

" Ye dik? "

Anis senyum. " Tu. Ade orang carik " dia menuding kearah ruang tamu. Adli angguk lalu melangkah ke ruang depan. Kepala adiknya diusap lembut sebelum mara ke bilik tamu.

" Assalamualaikum " Adli menyapa. Tetamu itu berdiri dan mereka bersalaman. Senyuman dihulur kepada dua orang wanita yang sedang duduk. Adli lalu mengambil tempat di kerusi solo yang tiada siapa duduki.

" Hmm, Encik Fakhri? Puan Jamilah dan.. " Adli menyebut satu-satu nama tetamunya.

" Jihan " Puan Jamilah bersuara. Adli angguk. 

" So, Encik Adli. Macamane dengan offer saya haritu? " Encik Fakhri menyoal. Adli senyum segaris. Nafas ditarik.

" In sha Allah Encik Fakhri. Asalkan Cik Jihan boleh terima saya, saya boleh terima tawaran kalian " Adli membalas sopan sambil matanya melirik kearah Jihan yang dari tadi tidak mengangkat muka. Puan Jamilah senyum.

" Jangan risau Encik Adli. Jihan ni memang macam ni. Malu malu. Tapi dia okey. Semuanya demi masa depan dia " Puan Jamilah pula bersuara. Bagi pihak Jihan.

Adli ketawa. " Tapayah ber'encik encik' dengan saya. Just call me Adli " formal pula pakai bahasa korporat. Tak biasa aku.

" Okey Adli. Pak cik percaya kamu boleh membimbing Jihan "

Adli senyum. In sha Allah.

Anis masuk ke ruang tamu dengan dulang. Senyuman tak lekang dari wajahnya. " Sorry. Air baru masak. Jemput minum cik " 


*******

" Sepanjang awak duduk rumah kami, awak boleh guna bilik ni. Bilik air pun dalam bilik je. Hmm, kalau ade pape, boleh panggil saya or, adik saya, Anis " Adli menunjukkan bilik buat tetamunya atau lebih tepat lagi, bakal anak muridnya. Jihan masuk ke kamar itu. Matanya merayau rayau ke seluruh bilik. 

" Hmm, saya tinggalkan awak dulu eh? Rehat cukup cukup. Nanti dah sampai waktu makan, saya panggil awak " Adli menutup pintu bilik itu. Dia menarik nafas panjang. Ya Rabb. Bantu aku. 

*******

Jihan menuruni anak tangga. Sunyinya rumah ni. Macam tade orang. Teringin nak merayau kat banglo orang. hehe

Kakinya terus ke beranda. Ada swimming pool. Huu~ tak tahan. Kaya gak mamat ni. 

" Ehem " tiba tiba ada orang berdehem di belakangnya. Jihan pantas menoleh. Uish ! Mamat ni. Seram beno tegur aku camtu. Jihan menjarakkan dirinya dengan Adli. Dan sengihnya yang teragak agak itu terukir. Adli gelak tak berbunyi.

" Nak pergi mana? " Adli menyoal dulu. Jihan geleng. Kakunya dengan mamat ni. Dah lah bersaya-awak. Hmm. Tahan je Jihan. Ko kat sini nak belajar. Nak ilmu dia. So, hormat dia. 

" Hmm, nak tengok swimming pool "

Adli angguk. Dia berjalan kearah kolam renang. Jihan mengekorinya dari belakang.

" Duduk laa. Awak mesti ada something nak cakap. Dari tadi senyap berkunci mulut " Adli melabuhkan punggungnya atas sofa rotan. Jihan turut duduk. Kaku banget. 

" Hmmm. Kita ni sebaya, kan? " Jihan bersuara. Akhirnya. Dengar gak suara budak ni. Adli senyum. Kepalanya angguk sebagai menjawab soalan Jihan. " So, I think it was so awkward kalau gune saya-awak. Apa kata, kita guna je informal call? Aku-kau? Aku rasa kita lagi senang nak berinteraksi and.. breaking the iceberg between us..? "

Adli angguk. " Aku pun rasa camtu. Tapi, tengok kau diam dari tadi. Seram gak aku nak tegur kau pakai redah aku-kau. "

Jihan senyum lebar. Yeah, baru boleh geng.

" Bagus bagus. By the way. Kau dengan adik kau je ke duduk rumah besar ni? "

" Buat masa ni, ye. But, in sha Allah hujung minggu diorang dah balik. Parents kau tak citer ke pasal background aku kat kau? " hamboi budak ni. Main redah je duduk rumah orang. Kalau aku series murder pun dia taktau.

" Ohhh, parents aku kenal ko ke? haha " Jihan gelak. Dan ketawanya mati kejap. Nafasnya ditarik. " Aku macam hilang hala tuju hidup lepas tangan kanan aku hilang fungsi. Sebab tu, masa parents aku suggest aku duduk rumah kau, tuntut ilmu kat kau, aku okey je. Aku tanak ambek tahu pasal ko, yang penting aku boleh dapat balik 'hidup' aku "

Adli diam. Dia meraup wajahnya lalu dipandang muka Jihan yang pandangannya sudah jauh. " Aku tak janji dapat tolong kau 100%, semuanya atas kehendak kau sendiri yang nak berubah and ketentuan Allah nak bagi kau maju. Tu je. Tapi, yakinlah. Allah ada dengan orang orang yang sabar "

Jihan menoleh ke Adli. Senyumnya lebar. " Thanks wei " kawan baru.

" Ko tau tak sebenarnya tujuan ko datang sini? " 

Jihan angkat kening. Aku datang sni dah ah blur blur. Adli geleng kepala. Hayoyai. Budak ni pun. Memang betullah apa aku pikir tadi. Kalau aku ni penyangak pun, agaknya dia follow je. haha

" Your parents said, nak bagi kau new environment untuk kau terus hidup. Tanak kau hanyut dengan sedih kau tu. Plus, bapak aku lecturer arts kat U. Sama dengan course kau kan? So, he can help you to catch up balik study kau tu. Dan, aku akan pastikan. Kau balik nanti, dah tulis guna tangan kiri "

Jihan termenung jauh. Aku memang sangat 'turun' dengan kes yang mengakibatkan tangan kanan aku lumpuh. But now. Taktau kenapa. Tetiba aku rasa spirit baru.

" Jihan. Ingat satu ni. Allah takkan bagi ujian kat hamba-Nya kalau hamba-Nya tak mampu. He knows that you can bear all this. So He gave this to you " Adli senyum. Surah al-Baqarah. Ayat last.

Jihan menarik nafas panjang. Teringat kata-kata sorang ustaz ni, ' nikmat itu niqmah. Dan niqmah itu nikmat '. Dan, dah terbukti. Kalau Allah tak bagi aku ujian accident tu, maybe aku tak akan berjumpa dengan orang orang yang hebat macam orang depan aku ni. Motivate aku dengan ayat Tuhan dan tak semena-mena, hati aku rasa tenang sangat. 

Dan. Ingat satu lagi ayat Tuhan. ' Bahawa sesungguhnya. Dia tidak akan mengubah nasib seseuatu kaum, jika mereka tidak mengubahnya sendiri ' . Dan. Allah akan bagi sesuatu tu, mengikut sangkaan hamba-Nya. Kalau kita selalu fikir negatif, dapatlah negatif. Sebab tu kena selalu optimis.

Masing masing diam. Layan perasaan.

*******

Dekat dua minggu duduk sini. Alhamdulillah. Penerimaan yang sangat baik daripada keluarga Haji Ghazali dan Hajah Sumaiyah. Dengan dua orang anaknya yang sangat sporting dan gila gila. Aku pun tade adik. So, batak sikit layan Anis tu. hehe. And lagi satu. Aku baru tau, Adli dengan Anis tu sepupu jauh aku ! Patut lah Mak dengan bapak aku chill relax hantar aku kat sini. haha. Jihan Jihan. Cousin sendiri pun tak pass. Parents aku pun sama. Cakap dengan Adli tu ber'encik encik' bagai. Lama sangat tak jumpa kot. Sampai anak buah sendiri pun tak kenal. haha

" Cik " Jihan menegur dari belakang. Hajah Sumaiyah sedang memotong tembikai di ruang dapur kering. Hajah Sumaiyah menolehnya sekejap lalu menyambung kerjanya.

" Jihan kenapa kat sini? Dah habis kelasnya? " 

Jihan sengih. " Dah. Nak tolong pape ke cik? "

" Hmm, bawak makanan tu ke dining room. Jap lagi semua nak turun, makan tengahari " Hajah Sumaiyah memberi arahan lembut. Jihan angguk. Makanan yang sudah siap dimasak itu dibawa ke meja makan utama.

" Waaahhh sedap bau "

Masing masing turun. Lunch time !

*******

Adli senyum lebar. Alhamdulillah. Dekat sebulan lebih train Jihan, lastly dia dah boleh tulis pakai tangan kiri. Even tak ah comei sangat tulisan, at least dia dah boleh guna tangan sendiri nak menulis. Dan, sekurang-kurangnya dia dah ada semangat nak bangkit balik.

Adli lalu keluar dari bilik itu. Jihan tinggal dengan Anis je dalam tu. Anis mengintai disebalik pintu yang sudah tertutup. Memastikan Adli sudah benar benar hilang dari kawasan bilik itu. Jihan mengerut dahi.

" Kenapa Anis? "

" Akak. Kite nak stori something dengan akak. Akak janji diam diam je tau? "

Jihan kerut dahi lagi. " Apo dio dek oi? "

Anis diam sekejap. " Hmmm, sebenarnya kak. Abang pernah alami kes yang lebih kurang sama dengan akak. But, cerita abang lagi sadis dan .. tragis "

Jihan sentak sekejap. " Blur "

Anis pandang Jihan dalam dalam. " Masa abang ambek dip dulu, dia terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Masa tu, abang study kat JB. Sorang kawan abang, meninggal kat situ. Abang pulak koma. A week. Muka abang kena operate. Tangan dia hancur. Kaki dia simen habis. Memang..tak sanggup nak tengok. Tabah sangat tengok abang time tu.

Masa abang dah sedar, abang down sangat sangat. Dia mogok makan. Diam je kat wad. Mak pun, hari hari nangis. Bila kondisi abang dah mula stabil, Mak dengan Ayah hantar abang ke Ireland. Buat full treatment kat sana. Dan, abang terus study kat sana. Tahun lepas, baru abang balik M'sia. Dengan wajah barunya dan..semangat yang tinggi. Sebab tu, dia ajar akak sungguh sungguh. Akak tak boleh down. 

Tengok? Sekarang akak dah boleh pakai tangan kiri. Usaha, tawakkal dan yang paling penting, semangat nak bangkit kena tinggi. Adik bahagia tengok akak sekarang pun dah okey and .. sukses pakai tangan kiri. haha " Anis gelak sekejap. 
Jihan tarik nafas panjang. Rupanya, dia pun ada sejarah gelap. Yang gelap lagi kelam dari aku. Ya Allah. Ujian aku kecik sangat. Tapi down gile gile. Hati tiba tiba rasa sangat sangat bersyukur. Anis pegang tangan Jihan.

" Akak, janji dengan kite. Jangan senang mengalah lepas ni. Jalan akak panjang lagi. Ujian Tuhan takkan pernah habis. Sebab, Allah takkan biar hamba-Nya mengaku yang mereka beriman, sedang mereka tidak diuji dengan apape. Kay? "

Jihan tarik nafas dalam dalam. Kepalanya diangguk. Matang sungguh anak ini. Umur baru setahun jagung, tapi lagi luas pandangan.

" In sha Allah. Pray for me, dear "

Mereka berpelukan.

*******

Innallaha maa'na :)
Dan sesungguhnya Allah bersama orang orang yang?

SABAR.




Bersama sama kita muhasabah diri.
Ujian ni hanya kecil
dan sementara.
Teruskan berjuang.

Syabab.
Kau tak boleh kalah !


" Boleh jadi apa yang kamu benci itu baik buatmu
dan apa yang kamu suka itu buruk buatmu.
Dan, ingatlah. Allah jualah yang Maha Mengetahui
Sedang kamu tidak mengetahuinya "

2 : 216




Tamat

Comments

Popular Posts