sorry?

Kreeeeekkkk.

Bunyi pintu bilik kaunseling dibuka. Fariz melangkah keluar. Mukanya tunduk. Dia berjalan ke pintu. Perlahan dia mengorak langkah. Hadoi, apasal aku down sangat ni?

Gedebuk !

" Auww "

" Eh, sori sori. OK tak? " Fariz menundukkan wajahnya sedikit agar dapat melihat orang yang dilanggarnya. 

" Its OK. Sorry jugak " Dia mendongak. Aik? " Eh? Kau pahal kat sini? " nada terus bertukar. Bunyi ayu je tadi. Nampak muka mamat depan dia, terus berubah macam tentera.

Fariz terus tarik muka itik. Ingat sape yang aku langgar. Rupanya ... dia? Hmmm.

" Adelaa. Ko pahal kat sini? " Fariz mengajukan soalan yang sama. Jihan senyum.

" Adelaaaaa " dan jawapan yang sama diulang. Jihan terus melangkah ke bilik itu. Fariz menoleh. Bajet la minah ni. Lantak dia laaa. Cikgu panggil dia mesti bukan sebab masalah macam aku.

Fariz memakai kasut. Balik dorm laa. Serabut.

*******

Fariz bangun dari tidurnya. Jam tangannya dilihat. OK, baru pukul 12. Patut la sunyi je asrama. Huaarrrghhh ! Fariz menggeliat. Nak buat ape ni? Bosan la. Balik kelas kantoi ponteng. Hmmmm.

Mata Fariz berhenti pada sepucuk surat atas katilnya. Lama disitu. 

Tok! Tok!

Fariz memandang kearah pintu. Cuak sekejap. Sape tu? Surat tadi terus disorok. Rambut dikemas dengan tapak tangan. 

" Woi, Riz! " Kamil masuk. Adoii, mamat ni. Bikin cuak waaa je.

" Pahal ko tetibe masuk sini? Duduk ah dorm kau " Fariz membalas. Kamil mengambil tempat di katil sebelah Fariz. Pantas badannya dijatuhkan.

" Bosan ah duduk kelas. Takde cikgu. Budak ramai takde. Nak kacau pun sape je? Tu yg naik dorm kau. Aku yakin ko kat sini. " Kamil membalas. Gelak mengakhiri kata-katanya.

Fariz baring kembali. Hmm, cikgu takde? Budak ramai takde? Nak kacau, sape .. je?

" Jap Kamil " Fariz bangun balik. Kamil memandangnya dengan mata sebelah tertutup. 

" Hmmm? "

" Ape maksud ko, budak ramai takde? "

Kamil gelak mengejek. Elehhh, cakap je la nak tanya Jihan. Bajet betul struktur soalan dia. Haha.

" Yelaa, sekarang kan musim exam. Ada yang study kat kelas orang, study kat library, study dekat BILIK KAUNSELING and, tak kurang jugak, ada yang study atas katiilll " Kamil menjeling ke Fariz. Terus bantal yang dipeluknya terbang ke Kamil. Kamil pantas menangkap. Gelak tak berhenti lagi.

" Kot ye nak sentap aku tak payah la jeling-jeling. Aku sedar. Dan, tak payah nak stress sangat bilik kaunseling tu. Aku reti " Fariz membalas. Kamil gelak lagi. Lawak la mamat sorang ni. 

Fariz baring balik. Study kat bilik kaunseling? Rajin gile minah tu. Ahhh, lantak dia la. Fariz terus tutup mata. Nak tido balik.

*******

Fariz berjalan ke kelas. Earphone di telinga sedang memekak dengan pierce the veil. Tangan kanan dan kirinya diseluk dalam poket. Blok sunyi. Best study sekarang.

Kaki melangkah kelas. Oopps! Terberhenti. Aik?

Jihan menoleh. Pahal mamat ni? Tiba-tiba nak jadi patung. Masuk je laaa. Macam aku ni hantu pulak.

Fariz menegakkan badannya. Dia berjalan masuk ke kelas. Mejanya dituju. Kerusi ditarik lalu punggung dilabuhkan atasnya.

Kelas sunyi. Bunyi kipas pun takde. Fariz mendongak.

" Jihan, bukakkan kipas? Thanks "

Jihan menekan suis kipas. Dia kembali ke tempatnya. Fariz membuka buku Add Math. Seperti biasa.

Jihan dengan dunianya, Fariz dengan Add Math. Ok, dua-dua senyap. Bunyi kipas sahaja yang mengganti riuh kelas itu.

" Assala... " Jihan dan Fariz serentak menoleh kearah pintu. Aliph. Hmmm, sama je dengan budak Fariz tadi. Diorang ni memang tak pernah jumpa orang ke? Terkujat macam nampak apa je.

" Waalaikumussalam. Haaa, masuk. " Fariz pantas membalas. Aliph masuk. Gaya teragak-agak. Salam tadi pun tak sempat nak disambung. Dia terus ke meja Fariz.

" Kau ke mana tadi? Satu hari takde, tiba-tiba petang muncul " Aliph menyoal. Suaranya perlahan. Fariz menghela nafas malas. Heiiii, mamat ni. Tak paham betul aku. Asal la dia takut sangat dengan si Jihan ni?

" Aku lepak dorm? Apa lagii? Dah ah, jangan kacau aku. Aku dah satu hari tak pegang buku " Fariz menjawab malas. Aliph berlalu ke meja lain.

Sreeettt. Bunyi kerusi diseret ke belakang. 

Aliph dan Fariz memandang. Jihan bangun. Aliph sambung kerjanya. Fariz diam. Matanya masih pada Jihan. Jihan menoleh. Mereka memandang satu sama lain. Tiada riak pada muka Jihan. 

" Kau, ikut aku jap " Jihan bersuara. Dingin. Sedingin iceberg bawah laut. Fariz terkejut. Aku? Aliph memandangnya. Pahal nii?

" Pegi mane? " Fariz menyoal. 

" Ikut je laaa "

Fariz bangun. Kakinya melangkah mengikut aturan langkah Jihan. Jihan sendiri taktau nak pergi mana. Semua kelas ada orang.

Fariz ikut. Minah ni nak pegi mane? Dah ah pakai uniform sekolah lagi.

Jihan berhenti. Tingkat 3. Sunyi. Fariz berhenti juga. Cuak sia minah ni. Pahal tempat sunyi dia berhenti?

" Kau buat ape? " Jihan tiba-tiba menyoal. Fariz tersentak. Suara Jihan juga direndahkan. Lower volume, tak macam biasa.

" Buat ape, ape? " Fariz menyoal balik. Jihan menarik nafas panjang.

" Kau mengaku je, apa kau dah buat? Sampai cikgu bagi surat gantung sekolah kat kau " Jihan terus menyoal. Volume suara makin naik. Tapi masih bisa dikawal.

Fariz tarik nafas dalam-dalam. Dia tahu. Tapi aku tak nak tahu macamana dia tahu. Fariz diam sekejap.

" Kau sorang je ke yang tahu pasal ni? " Fariz menyoal. Soalan Jihan dibiarkan sebentar.

" Kau nampak aku pakai ape ni? Baju sekolah. Aku dari tadi duduk bilik kaunseling. Aku balik asrama, makan solat then aku naik kelas balik. Aku just nak tahu, ape kau buat sampai cikgu gantung kau "

Fariz diam. 

" Aku, aku minta maaf. Aku tau aku dah mungkir janji. Tapi, budak tu poyo sangat. Dia kutuk kutuk kau. Kutuk senior. Aku tak suka. Panas telinga aku. Tu yang, aku TERnaik kaki kat dia " Fariz mengaku. Dia tahu Jihan dah tahu. Saja nak dengar dari mulut dia sendiri. 

Jihan diam.

" Aku tak faham dengan kau. 2 minggu kan? " suara Jihan reda balik. Fariz angguk. " Aku tak tau nak back up kau macamane. Aku pun terkejut cikgu kaunseling panggil aku tiba tiba. Dan, aku tak faham. Kenapa cikgu panggil aku? Bukan Kamil or Aliph or sesape la yang rapat dengan kau "

Erk? Sentap.

" kamu ni. saya tak faham. lagi berape minggu nak exam besar. buat hal." cikgu membebel. Fariz tarik muka seposen.

" saya bukan sengaja cikgu. dia kutuk kawan2 saya. kutuk .. "

" kutuk sape? "

Fariz diam. Macamane boleh terlepas?

" Fariz, I ask you? Kutuk sape? "

" Jihan "

" Jihan? Apa kaitannya kamu dgn dia sampai kamu 'kaki' budak tu? "

Speechless. Cikgu ni psiko laa. haha

" Woi ! Kau ngelamun ape? " Jihan menyentak. Fariz kembali ke dunianya. Dia senyum. Jihan pandang Fariz pelik. Pahal mamat nii? Tiba tiba senyum.

" You know what, aku suka quote ni : ' cubit paha kanan, paha kiri terasa juga ' "

Jihan mengerutkan dahinya. Apa kena mengena dengan aku??

" Pikir la sendiri. By the way, thanks back up aku. Kempunan la aku tak jumpa kau 2 minggu. Ahahaha " 

Kurang asam. Aku pun taknak jumpa kau laaa.

*******


Dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam, beliau bersabda: ‘Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya’. (HR. Muslim,)

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranyasepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)


' cubit paha kanan, peha kiri terasa juga '

 Seorang saudara yang mendengar sesuatu yang buruk tentang saudaranya yang lain, pasti akan membenci kutukan itu walaupun hakikatnya kutukan itu bukan untuknya. Itulah saudara.

Ukhuwwah itu cukup sweet kalau berlandaskan iman ^^


* sambung sikit :

" Jihan, sorry susahkan kau. " Fariz bersuara. Jihan senyum tak ikhlas. Fariz gelak.

sori la weiii

p/s : mintak maaf zahir batin. ampun byk silap :)

Comments

  1. Watak2 yg dicipta ade kaitn dgn sesiapa ke?

    #crpen yg menarik~ suke3 :p

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts