tazkir
Jihan memasuki ruang solat masjid besar itu. Kagum dengan seni ukir masjid itu. Walaupun pada hakikatnya, dia sudah ke masjid itu beberapa kali.
Jihan membetulkan qiamnya. Shawl labuh yang dipakainya dibetulkan. Dahi kasi luas sikit, takut tak kena tempat sujud.
Allahu Akbar.
Takbir diangkat. Solat sunat tahiyyatul masjid dulu. Imam pun tengah buat solat qabliyyah.
" Saf. Allahu Akbar Allahu Akbar .. "
Bilal iqamat. Para jemaah berpusu-pusu memenuhi saf.
" Rapatkan saf. Pastikan bahu bertemu bahu. Tiada ruang untuk syaitan menyelit " , imam memesan sebelum mengangkat takbir solat fardhu Asar hari itu.
(HR. Muslim)
Jihan membetulkan qiamnya. Shawl labuh yang dipakainya dibetulkan. Dahi kasi luas sikit, takut tak kena tempat sujud.
Allahu Akbar.
Takbir diangkat. Solat sunat tahiyyatul masjid dulu. Imam pun tengah buat solat qabliyyah.
" Saf. Allahu Akbar Allahu Akbar .. "
Bilal iqamat. Para jemaah berpusu-pusu memenuhi saf.
" Rapatkan saf. Pastikan bahu bertemu bahu. Tiada ruang untuk syaitan menyelit " , imam memesan sebelum mengangkat takbir solat fardhu Asar hari itu.
*******
Usai solat, Jihan duduk sebentar. Dengar tazkirah Asar. Jarang nak tengok bendalah ni dekat masjid. Kalau adapun, selalunya lepas maghrib. Bagus. Satu peningkatan untuk masjid. Tarik ramai jemaah untuk mendengar ilmu walaupun tak sampai lima minit.
Tazkirah harini, mengenai SABAR.
| الطَّهورُ شطرُ الإيمانِ . والحمدُ للهِ تملأُ الميزانَ . وسبحان اللهِ والحمدُ للهِ تملآنِ ( أو تملأُ ) ما بين السماواتِ والأرضِ . والصلاةُ نورٌ . والصدقةُ برهانٌ . والصبرُ ضياءٌ . والقرآنُ حُجَّةٌ لكَ أو عليكَ . كل الناسِ يغدُو . فبايِعٌ نفسَه . فمُعْتِقُها أو مُوبِقُها الراوي: أبو مالك الأشعري المحدث: مسلم - المصدر: صحيح مسلم - الصفحة أو الرقم: 223 |
Dari Abu Malik Al-Harits bin Ashim Al-Asy'ariy ra., ia berkata : Rasulullah saw bersabda :
"Suci adalah sebagian dari iman, membaca Alhamdulillah dapat memenuhi timbangan,
Subhanallah dan Alhamdulillah itu dapat memenuhi semua yang ada di antara langit
bumi, salat itu adalah cahaya, sedekah itu adalah bukti iman, sabar itu adalah pelita dan
Al-Quran untuk berhujjah (berargumentasi) terhadap yang kamu sukai ataupun terhadap
yang tidak kamu sukai. Semua orang pada waktu pagi menjual dirinya, kemudian ada yang
membebaskan dirinya dan ada pula yang membinasakan dirinya."
(HR. Muslim)
Jihan angkat kaki apabila selesai tazkirah. Beg sandangnya disangkut pada bahu. Tiba-tiba, ada seorang kanak-kanak lelaki berlari kearahnya. Eh?
Jihan berhenti. Kanak-kanak itu menarik-narik baju labuhnya. Jihan mencangkung. Dia memberi senyuman pada kanak-kanak itu.
" Adik .. " tak sempat Jihan menghabiskan kata-katanya, seorang lelaki separuh abad datang menyergah. Nak kata ayah, takkan bapak nak sergah anak pulak?
" Haaa, nilah budak kecik tadi! Berlari sana sini. Kacau orang tengah solat, dengar tazkirah! " pakcik itu membebel. Jihan bangun daripada cangkungannya.
" Anak kamu ye? Lain kali jaga anak tu baik-baik, " pakcik itu menyambung bebelannya. Jihan tersentak. Anak .. aku?
Jihan senyum sahaja. Nak membalas, dah tua. Nanti dikata kurang sopan pula.
" Baik pakcik. Maafkan anak saya " Jihan membalas.
" Takpe. Lain kali jaga anak elok-elok. Muda-muda dah ada anak. Susahkan? "
Aik, pakcik ni. Agak-agak laa. Dah lebih ni nak membebel. Tadi kata dengar tazkirah.
" Ye pakcik. Ye. Hmm, jom balik " Jihan terus menarik tangan anak kecil itu berlalu. Lagi lama dia berdiri di situ, lagi lama pakcik itu berkhutbah.
Anak itu dibawa keluar dari ruang solat. Sape punya anak ni?
" Haris! "
Suara seorang lelaki menuju kearah mereka. Jihan menoleh. Eh?
" Eh? Jihan..? "
Jihan senyum.
" Adik hang ke? "
Fariz gelak. Tangan kanak-kanak tadi diraih ke genggamannya.
" Haah. Jenuh aku carik satu masjid. Thanks ah jagakan. "
" Eh? aku baru jumpa la dia ni. "
Fariz gelak. Macam la aku tak nampak tadi. Kena bebel dengan pak haji. Fariz bermonolog sendiri.
" Pape laa. By the way, takde la ' tak suke budak ' sangat kau. Sanggup ngaku anak sendiri, kan ..? "
Jihan tahan muka. Kurang asam.
" Macam aku taktau, tadi kau kan yang imam? Tu yang tak boleh jaga adik. "
Fariz sentap. Hambik kau. Kena balik.
" Macam aku taktau, tadi kau kan yang imam? Tu yang tak boleh jaga adik. "
Fariz sentap. Hambik kau. Kena balik.
*******
Rasulullah saw. amat menyayangi cucu-cucu beliau. Pernah suatu hari, cucu beliau Saidina Hussin berada di masjid ketika Baginda saw. sedang sujud. Saidina Hussin memanjat belakang Nabi saw. Baginda saw sengaja memanjangkan sujud sehingga para sahabat menyangka bahawa ia adalah satu perintah baru dari Allah swt. untuk memanjangkan sujud . Selepas Rasulullah saw . selesai mengerjakan solat, mereka bertanyakan beliau tentang sujud yang lama itu. Rasulullah saw menjawab, Cucuku telah memanjat belakang ku , maka aku mahu memuaskan hatinya. Aku hanya bangun dari sujud apabila ia telah puas hati.
![]() |
| jgn buang sampah rata-rata eh? |


Comments
Post a Comment