Add Math?

" Bingkisan ini, khas buat diriku yang mudah alpa.

Wahai Nurjihan,
sedarlah dirimu, kau sudah mahu ke medan,
memegang senjata untuk berperang,
melawan musuh yang datang tanpa diundang,
walau dirimu tak mahu ke depan,
tapi kau mesti terus berjuang.

Nurjihan,
Buktikan pada semua,
kau mampu lakukan.

Jangan menoleh selagi kau mampu maju,
jangan ke belakang selagi kau mampu memburu cita-citamu,
jangan peduli nista orang yang mencacimu,
kerana engkau sahaja yang tahu siapa dirimu.

Nurjihan,
kau boleh.
kau mampu .

Percaya pada dirimu,

Nurjihan."

Fariz memegang surat itu. Kosong fikirannya. Tiada apa di kepala.

" Assalamualai ... " ucapan itu tidak dihabiskan. Mata Jihan terkaku di hadapan. Fariz menoleh. Surat itu diletak cepat atas meja pemiliknya. Habislah aku ..

" Apa ko buat kat meja aku? "

Hambik kau, dah keluar aura dingin dia.

" Sukati aku laa ", Fariz membalas selamba. Dia berjalan ke tempat duduknya. Jihan memandang Fariz lagi. Seakan pandangannya menembus tubuh lelaki itu. Fariz menoleh.

" Ko kenapa pandang aku camtu? ",Fariz bersuara. Sama dingin. Sama tak mahu mengalah.

" Tak reti nak mintak maaf? "

Fariz terus menahan tawa. Tak tahannya minah ni. 

" Apa yang kelakar? " Jihan mengerut dahi. Mamat ni. Tiba-tiba.

" Boleh ulang ayat akhir ko tu? "

Jihan diam. Kening kanannya diangkat sebelah. Dia memeluk bahu.

" What's wrong with that sentence? Ko memang tak paham atau apa? ", Jihan membalas. Nada sekata, tiada turun naik.

Fariz menghabiskan sisa baki tawanya yang ditahan.

" Tak salah tapi, orang yang guna ayat tu yang salah, "

Jihan diam. Memandang gelagat Fariz yang masih ketawa. Lama-lama, Fariz berhenti sendiri. Fariz menegakkan badannya. Sedar perbuatannya sama sekali tidak membawa apa-apa respon pada gadis genit itu.

Fariz berdehem sekejap. Dia memandang Jihan. " Yelaa, sorry. Tak sengaja. ", Fariz bersuara. Jihan tersentak.

" What? Tak sengaja? ", ayat akhir Fariz diulang. Fariz memandang Jihan dengan muka tak salah. Kepalanya diangguk laju.

" Betuuulll ",

Jihan mengerut dahi. " Aku letak mendalah tu dalam Latihan Add Math . Kot la, ko bukak Add Math aku ? "

Fariz diam. Jihan menunggu jawapan. Fariz memandang Jihan dan Latihan Add Mathnya silih berganti. Hadoiii, kasyaf la minah nii.

" Boleh .. ajar aku Add Math? "

Jatuh rahang. Terbeliak mata Jihan. Mamat nii .. Jihan diam sekejap. Matanya dialih ke muka Fariz. Bibirnya mengukir senyuman.

" Why not ? ",

Fariz melepas nafas lega. Dua-dua senyum. 


*******

Pada zaman era globalisasi ini, banyak pihak mempertikaikan hukum ikhtilat antara lelaki dan perempuan sehinggakan ada setengah pihak yang sangat ekstreme melihat hukum ini.

 Ulama berkata, hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang 
haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara 

lelaki dan perempuan :

1. Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak. 
Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual beli, melakukan tawar-menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan 
memelihara adab-adab pergaulan. 

2. Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman. 
Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam 
semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum kerja seperti 
ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, 
tertuduh, saksi dan lain-lain.

3. Ikhtilat kerana menjadi saksi. 
Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes-kes berkaitan dengan harta dan hakhaknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhit surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan 
mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi. 

4. Ikhtilat kerana amar makruf nahi mungkar 
Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya ‘al-Muhalla’ bahawa Umar al-Khattab 
(r.a) telah melantik as-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan 
bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya. 

5. Ikhtilat kerana melayan tetamu. 
Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syarei 
seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun ia terpaksa bercampur 

dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada meriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani 
Rasulullah (s.a.w.) dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk 
baginda (s.a.w.). 

6. Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya. 
Harus bagi wanita makan bersama tetamu dan suami tetamu kerana tujuan memuliakan 
tetamu atau tujuan lain yang syarei. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin 
memuliakan Rasulullah (s.a.w.) dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang 
sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersamasama baginda. Ini bererti bahawa orang ansor dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu. 

7. Ikhtilat dalam kenderaan awam. 
Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, 
walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua 
ibu bapanya, membeli belah dan ke hospital, meskipun ia terpaksa menaiki kenderaan 
awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan 
lelaki ajnabi , dia mungkin duduk atau berdiri di tepinya. Percampuran ini diharuskan 
oleh keperluan yang syarei.

8. Ikhtilat dalam kerja-kerja jihad. 
Antara contoh pergaulan semasa jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan 
seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana 
masalah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada ar-Rabei binti Muawwiz 
katanya : Kami bersama Nabi (s.a.w.) merawat pesakit, memberi minum dan dan 
menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.

9. Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat. 
Antara suasana yang diharuskan ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari 
meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua 
rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati 
mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama Baginda ialah Bilal.

10. Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan. 
Tersebut dalam kitab Muwatta persoalan : Adakah harus bagi wanita makan bersama 
hamba atau lelaki bukan mahramnya? Berkata Malik : Tidak ada halangan pada perbuatan 
tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. 

Maka, konklusinya. Sebagai umat Islam, kita seharusnya optimis dan tidak menjadikan Islam sebagai agama yang jumud. Islam itu mudah namun bukan dipermudahkan. Allah memberi 1001 cara kepada umatnya untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

Profesional dan menjaga batas.

Selamat Hari Raya dan Salam Lebaran 1434H :)


salam Eid Mubarak :)



Comments

Popular Posts