Wow! Bestnya duduk rumah !

24/7 :)

Entry kali ni memang special nak cerita pasal keseronokan dok rumah. 
Almaklum la, saya kan dok asrama. Jadi, peluang duduk rumah memang dimanfaatkan 100%. Seriously, duduk rumah dengan duduk asrama memang lain sangat! 
Sangat-sangat. 

Bayangkan, kalau kita duduk asrama, paling lambat bangun pun, pukul 6 pagi, 
duduk rumah? 
Haram laa. 
Solat subuh pun Abah kejut. Tak malu betul,kan? Ahaha :D

Tapi, itulah realiti.
Kedua-duanya ada pro dan kontranya. 

Tapi. Untuk entry kali ni, tanak citer pasal rindu asrama.(rindu ke?)
Nak cerita pasal rumah. RUMAH. R.U.M.A.H. RUMAH. OK?

Ok. Sebenarnya baru habis study Add Math. Dari lepas isya' sampai 11.55 lebih kurang. Memang penat. Letih, sebab memerah otak menghadap bendalah tu. Even kat sebelah ada answer sheet, tapi still sedaya upaya untuk jawab.(poyonyee)
Itu baru ulangkaji subjek form 4, bab 6. Selebihnya? Haaa~
Tunggu dan lihat je laa.

Bila tengah study tadi, tetiba terasa nak buang air. Masa tu dalam pukul 11. Then, keluar je la. Tandas rumah aku kat luar. Tapi tak jauh mana pun. Dua tiga jejak dah sampai dah. Lepas buang air, terasa nak buat Nestum pulak. Masa tengah buat Nestum, tiba-tiba .. aku rasa bertuah sangat sapa yang belajar ulang-alik dari rumah. 

Yela, apa tak nya?

Kalau nak minum air, tinggal buat je. Kalau dok asrama, kena pergi aras II,(air panas kat situ)
pastu, bancuh .. naik dorm balik. Balik dorm, kalau study dengan member, mesti bagi member rasa punya. Yela .. tak sedap pulak kalau minum sorang-sorang. 

Kat rumah?
Kejadah. Nak share dengan adik? Back hand aku bagi. Tadenye nak kongsi-kongsi ni.
Punya kedekut kalau kat rumah. 

Then, sambung balik cerita tadi.

Lepas siap bancuh Nestum, bawak pergi ruang tamu. Sebab study kat situ.
Then, pasang earphone kat telinga. Waa, memang nikmat la duduk rumah.

Apa tak nya?
Kat asrama, phone, iPhone, mp3, mp4, tablet dan yang sama dengannya kena label haram kat sana. HARAM wei. Takde makruh-makruh da. 

Kalau students laki lain citer eh? Ni perempuan. 

Laii~ memang bosan. So, kalau nak hilangkan kebosanan, nyanyi lepas habis waktu prep. Masa tu, budak laki dah balik. Apa lagi, jamming ah. Memang lepas bosan. Habis nyanyi, tutup lampu kelas, jalan balik asrama. Itu pun still nyanyi lagi.

Untuk kali keduanya, beruntung budak ulang-alik. Huh!

Kay kay, sambung.

Sambil dengar lagu, buat Add Math lagi. Buat, buat, buat. Ngantuk. Tengok jam. Dah nak 11.45 dah. Buat soalan last cepat-cepat. 

Buat cepat-cepat bukan sebab nak tido, tapiii ... nak ONLINE!

Wah wah ..
Best duduk rumah.
Penat study, online. Chat. Layan youtube.
Nikmat sungguh.

Kalau duduk asrama, penat prep tadi, balik dorm baring.
Then, kalau adik dorm balik, borak dengan dia.
Gelak-gelak. Memang takde kerja.

Sekarang.. pukul 12.40 tengah malam.
Lampu masih bernyala.

Lagi sekali terasa nikmat duduk rumah.

Kalau kat asrama 11.30 dah kena light-off. Fuh, study dalam gelap.
Kalau nak terang, merempat kat koridor atau tangga.
Tak pun, nak selesa sikit, study kat musolla kat aras I tu.

Memang seronok betul duduk rumah.
Macam-macam ada.
Semua ikut kita.
Nak bangun bila, makan bila, tido bila, mandi bila takde orang nak buatkan jadual.
Takde orang nak memekik telolong suruh kita tido.
Sukati la nak lelap bila, kan?

So,
Di kesempatan ni. 
Cuti berganti kerana bencana ni.
Ayuhlah sama-sama kita manfaatkan masa kat rumah.
Gondol segala peluang yang ada. yang takde kat asrama.
Jangan sia-siakan.
Sebab, 
opportunity seldom comes twice.

So, grab it!

Comments

Popular Posts