Blue.
Hujan masih menitik. Mai meraup wajahnya. Penat. Dari lepas maghrib sampai sekarang, jam dah tunjuk pukul 3.23 pagi, masih menghadap komputer riba untuk menyiapkan pembentangan esok.
' Huargghh ! ' Mai menggeliat. Dia bangun dari kerusi belajarnya. Badannya digeliat. ' oh .. memang la. Sakit gile belakang badan aku. ' Mai mengomel sendiri. Dia berjalan ke dapur. Nak bikin Nescafe untuk keempat kali.
' Kriiingg .. Kriiingg .. '
Bunyi telefon. Langkah Mai terhenti. Dia mengangkat telefonnya.
" Assalamualaii .. "
" MAAAAAAAAAAAIIIIIIIII ! "
Mai menjauhkan telefonnya. Wohoo, sape nii?
" Assalamualaikum. Sape ni? "
" Waalaikumussalam. Mintak maaf laa. Excited sangat. Mai! Hang lupa ka suara aku ni?"
Mai mengerutkan dahinya. Sape ni erk? Otak ligat mengecam suara. Aha!
" Woi! Hampeh! Call aku pukul 3 setengah."
Suara di sebelah sana gelak.
" Mintak ampun, tuanku. Hamba tau, tuanku tak tido lagi."
" Hmm, tuanku ampunkan. Kenapa call aku tetibe nii? Suara excited pulak tu .."
Aisya diam sekejap. Aii, apahal ni?
" Maii .. "
" Hmm? "
" Finally I got the offer to work with Hadi's Firm ! Ahaha. Jealous tak wei? "
" WHATT! Tahniah ah beb! "
Aisya gelak.
" Seronok la hang? ", Mai menyambung. Tangan sibuk membancuh Nescafe. Fuh, aroma naik. Mug di bawa ke bibir. Dihirup. Huh.
" Of course la. Tapi, keje awal-awal ni .. semak fail kes, kes kecil. ", Aisya menyambung. Mai gelak. Kaki kembali melangkah ke meja study.
" Bersyukur la weii. Ko dah start kerja. Mula dari bawah la sis! Aku ni? Next year baru graduate." Mai membalas. Tangan dah mula menyambung kerja yang tertunggak tadi.
Dan mereka berdua tak henti berborak walau jarak beribu batu. Maisyarah Imran jauh di Luxury Apartment, London dan Aisya Azuan di rumah teres Setiawangsa. Kalau dah nama member, memang takde istilah penat time gayut - walau sampai 2 jam kat telefon.
*******
Penghujung bulan Februari.
Salji pun dah mulai susut. Musim mahu berganti. Dari sejuk menggigil ke mekar-mekar bunga. Mai berjalan dari kelas Art menuruni hall universiti. Nak ke kafe kejap, pastu nak pergi library. Siapkan kerja tertunggak.
" Mai ! "
Seseorang memanggil dari arah belakang. Mai menoleh. Dia berhenti.
" Mai, nak ke library ke lepas ni? ", Aty menyoal. Mai angguk.
" Boleh bawakkan tak buku-buku Aty ni? Nanti Aty ke sana. Aty nak jumpa Prof. Hendry kejap.", Aty menyambung.
" Apa salahnya. I'm OK. ", Mai membalas.
Buku-buku Aty bertukar tangan. Nasib baik tak bawa banyak sangat barang hari ni.
" OK, jumpa kat sana, kay. Thanks. ", Aty berlalu. Mai senyum segaris. Hadoi, memang la aku tak bawa banyak barang tapi, tak sangka la pulak si Aty ni nak bagi setimbun buku.
Mai berjalan perlahan-lahan. Niatnya ke kafe dimatikan. Letak barang dulu la. Ni pun dah terhuyung-hayang aku.
Dari hall nak ke library kena lalu dua tingkat. Mohon la aku tak terjatuhkan ..
" AHHHH "
Tak sempat nak habiskan doa. Aku dah jatuh dulu dah. Mai cepat-cepat kutip buku-buku Aty yang bertaburan.
" Nah,"
Mai mendongak. Seorang lelaki menghulur buku yang terjatuh tadi. Mai sambut. Malaysian. Tapi, tak pernah nampak dek mata aku. Junior ke?
" Thanks. " Sepatah Mai bersuara. Jejaka itu senyum dan berlalu. Namun, langkah lelaki itu terhenti. Dia menoleh ke arah Mai.
" Boleh bawak ke? ", dia menyoal. Erk? Adoii, jatuh imej. Tak tough la camni Maii ..
Mai angguk. Mai ko boleh.
Lelaki itu senyum. Amboi, senyum ejek!
" It's OK. I can help you. Bagi sikit buku-buku tu"
" Eh, takpe. I can handle it. Don't worry. "
" Seriously? Tadi pun, you jalan dah terhuyung-hayang."
Erk? Mamat ni nampak ke? Sibuk je.
" Mai ! "
Mai menoleh. Akhirnya .. penyelamat aku!
" Mai, Aty cari Mai kat library tadi. Ingat dah sampai."
Mai diam sekejap.
" Sorry Aty. Ada masalah sikit." Mai membalas. Dia memandang lelaki tadi. Dan, lelaki itu juga memandangnya. Seakan memberi mesej. Yang penting, Mai tak faham mesej itu.
" Masalah? Masalah apa?" Aty menyoal.
" The problem is, she can't bring the books. Banyak gile." Mamat tadi membalas. Mai memberi pandangan berlaser merah kepada mamat itu. Apa apasal mamat nii? Sibuk ..
Mamat itu juga. Membalas serangan laser Mai. Ingat aku takut? Dah lah tak larat, jual mahal lagi.
" Laa, ye ke Mai? Sorry .. kenapa tak cakap awal-awal? Kalau tak, Aty takkan suruh Mai bawa buku Aty ni .. " Aty membalas. Mai serba-salah. Ahh, kesian pulak Aty!
" It's OK la Aty. I don't mind " Mai membalas. Mamat tadi mengerut dahi. Boleh dia jawab dia tak kesa?
Mamat tadi terus berlalu. Biarlah. Tak nak join mereka.
Mai menghembus nafas lega. Akhirnya, blah jugak!
to be continue ..


Comments
Post a Comment