Spread-the-Truth


Ehem ehem ..
Batuk pulak.

Ok. Sape dah layan video ni??
SAYAAA! -pehh, bangga gile ^^

Ok, overall. Video ni mengisahkan tentang tiga orang house-mate. Salah seorang daripada mereka minum arak. Kawan Mat, hmm, aku tak jelas sangat nama dia, menegur member mereka yang minum arak ni dengan cara yang pada aku, salah. Ending citer ni aku tak paham sangat tapi. Apa yang nak di highlight kan ialah : cara menegur yang salah akan membuatkan cara penerimaan seseorang itu terpesong. Paham, kan?

Ok. (berape banyak kali ok nii) As the one yang selalu jugak buat salah, aku memang sangat emo kalau orang yang tegur aku dengan kaedah yang bakal membuatkan aku benci kat orang tu. Cara teguran yang tak betul ni bukan sahaja menyebabkan niat baik kita terhapus malah memberikan impak negatif kepada orang yang kita tegur. Ini sekaligus mempamerkan sifat Islam yang dikira kolot dan kita juga sekaligus memfitnah agama kita sendiri. Islam bukan agama yang jumud. Aku ulang, Islam bukan agama yang jumud.

Maka, Daie-Daie' di luar sana.
Perbaiki cara penyampaian kita. Sebab kita membawa utusan Allah.
Kita tak nak kan jadi pemfitnah agama?

Nak share sikit laa, hari tu, aku layan show Dr. Zakir Naik. Tajuknya, aku kurang ingat. But, apa yang aku nak share, sebelum talk tu habis, ada sesi soal-jawab dan sesi itu mengutamakan soalan daripada non-muslim. Ada seorang wanita ni, dia non-muslim tapi suami dia Islam. Dia kata, lepas dia dengar talk Dr. Zakir ni, dia nak menganut Islam. Tapi, yang menjadi tanda tanya pada wanita itu, kenapa suami dia sendiri tak nak ajak dia masuk Islam? Dan, dia juga mempersoalkan, " Islam itu agama yang indah. Namun, mengapa Muslim itu sendiri tidak memperlihatkan keindahan Islam itu? "

Jadi, Dr. Zakir Naik ni jawablah : " Jika kamu hendak menganut Islam, jangan lihat pada penganutnya. Tapi lihat Al-Quran. Baca dan hayati isi Al-Quran itu. " Banyak lagi la dia jawab. Aku dah lupa.

Dan, aku juga setuju dengan kata-kata Dr. Zakir Naik. Sebab, akhlak orang Islam sekarang memang tak menggambarkan Islam langsung. Same goes to me. Aku pun tak lah soleh sangat. Tapi, Cuba kita perbaiki sedikit demi sedikit. In sha Allah dan aku pasti, mesti boleh berubah. Kalau batu yang keras pun boleh dibentuk dengan air, masakan kita, hati manusia tidak? Kan?

Lagi satu aku nak share pasal dakwah ni. Tolonglah, aku mohon. Jangan membebel dan membebel. Manusia ni, nak solusi. Bukan benda yang menyerabutkan kepala. Betul tak?

Tak ah, bukan ape. Kadang-kadang, manusia ni, bila dah belajar benda baru, dia rasa dia dah pandai gilee! Semua benda dia rasa dia dah expert, sampaikan, dia boleh menyalahkan orang yang bertanya tu. Aku pun kadang-kadang camtu DAN aku sedang berubah.

Aku bagi contoh macam ni :

Mat : Ali, camne ah nak ambik wudhu'?
Ali : Apa Mat? Ko tatau ambik wudhu' ?
Mat : Eh, bukan .. cuma ..
Ali : Dah Mat, tak yah selindung lagi.
Mat : Bukan .. aku just nak kau pastikan wudhu aku ni betul tak. Tu je.
Ali : Astaghfirullah ! Mat! Habis tu camne selama ni ko solat Mat??
Mat : Ahh, malas lah nak cakap gn ko ni. Dah meleret daa.

See? (Ok, ni hanya contoh. Nama dan watak tidak ada kaitan sama ada yang masih hidup atau meninggal dunia)
 Korang, kalau aku jadi Mat, aku bagi backhand je kat Ali tu. Dah lah tak menjawab soalan, malah meleret pula cerita lampau. 

Agak-agak, apa implikasi pada masa akan datang?

First,
Mat akan berhenti bertanya sebab dia fed-up dengan orang macam Ali. Dia malu sebab dah besar pun masih tak expert cara ambil wudhu'. Jadi, dia ambil kesimpulan untuk mendiamkan hal ini.

Maka, apa akan terjadi kalau Mat berputus asa begitu?

Mat akan terus dan terus melakukan kesalahan ketika mengambil wudhu'.
Jadi, apa yang akan terjadi pada solatnya?

Solatnya, tidak sah.

Sebentar, belum habis lagi.

Kalau solatnya tidak sah, maka apa akan terjadi pada amalannya?
Bukan ke solat adalah perkara pertama yang dihitung Allah di akhirat nanti?

Kejap. Ali tak sebut lagi.

Bila Mat dicampak ke api neraka, Mat akan mengheret Ali sekali sebab apa? Sebab Ali lah punca dia tidak mengambil wudhu' dengan sempurna. Bila mana Mat rasa nak belajar, nak perbaiki kesalahan, Ali membantutkan niatnya. 

Aku pernah dengar seorang ustazah ni cakap masa aku di sekolah rendah dulu : " Nanti kat akhirat, kalau kawan kita masuk neraka sebab dosa yang dia dah buat, dia boleh tarik kita sekali .. sebab ape? sebab, nanti dia cakap camni, " inilah orang yang dahulu dekat dengan aku, tapi tidak pernah menegurku. Dia membiarkan aku melakukan dosa padahal dia tahu apa yang aku lakukan itu salah" "

Boleh kaitkan, kan?

Jadi para pendakwah sekalian, ingatlah! Tugas sebagai pendakwah itu terletak pada semua orang. Tugas ini bukan mudah namun ada caranya. Islam telah menggariskan cara-cara berdakwah yang betul. Iaitu :

Yang pertama, 

Hikmah
Iaitu keterangan yang jitu dan tepat yang dapat meyakinkan dan menghilangkan keraguan, dengan memasukkan roh tauhid dengan akidah iman, dalil-dalil dan keterangan-keterangan yang jelas sehingga meyakinkan akal. Termasuk dalam hikmah ialah dengan menggunakan susunan kata-kata yang biasa dan senang diterima akal dan bukannya menggunakan kata-kata yang tidak difahami atau sukar difahami oleh penerima dakwah sepertimana yang dilakukan oleh Rasullullah SAW.

Nasihat Yang Baik(Mauizah Hasanah)
Iaitu huraian–huraian yang memberi petunjuk dan nasihat yang dapat menyedarkan dan membuka pintu hati untuk mentaati semua pertunjuk Islam. Huraian-huraian ini dilakukan dengan jelas dan tanpa menyakitkan hati orang lain. Metode ini ditujukan kepada orang-orang yang menerima dan sudah komited dengan prinsip dan fikrah Islam. Mereka tidak memerlukan kecuali nasihat untuk mengingatkan, memperlembutkan hati, dan menjernihkan segala kekeruhan yang wujud.

Berdialog Dengan Cara Yang Baik
Iaitu memberi hujah atau bukti-bukti yang dapat menolak sanggahan dan pendapat lawan. Menurut Amin Ahsan Ishlahi, metode mujadalah hasanah adalah metode yang diizinkan oleh al-Quran, iaitu dengan pendakwah memberi penjelasan kepada pihak lawan dengan menggunakan prinsip-prinsip dan kesimpulan logik agar dapat agar mereka dapat merenungkannya, menerima kebenaran atau tidak menentang seruan dakwah lagi.


See? Ubahlah cara dakwah kita agar orang-orang yang kita dakwah, dapat terima dengan hati yang terbuka.

Timbalan Ketua Badar sekolah aku, pernah cakap camni : " Berdakwah itu tak wajib. Yang wajib itu berdakwah secara hikmah "

Dan bagi orang yang kena tegur tu pulak, terimalah dengan hati yang terbuka dan, dalam masa yang sama tegur member kita yang tegur cara yang salah tu agar kita sama-sama memperbaiki diri, OK? 



dakwah is so sweet :)



Sampai sini je perkongsian aku. Minta ampun berjela tapi, inilah yang aku nak semua orang faham pasal konsep dakwah. Yang salah tu dari aku sebab aku pun sedang belajar. Sama-sama tegur :)

Aku membuka seluas tangan untuk yang nak menegur.
Sebab .. ambo ni, budak masih belajar :)

Sekian. Aku sayang kamu kerana Allah <3
Nisah.



Comments

Post a Comment

Popular Posts