Ini 2013, bukan 1993 .
Rasanya .. aku nak cakap pasal apa? Haa? Cerita Pixar Up tu? Mana ada.
Nope, just want to share about teen thought in this times.
Just like my title today, " Ini 2013, Bukan 1993 ".
Pada pendapat aku, REMAJA sekarang ni, dah boleh fikir, mana satu benar dan mana satu salah. Minda mereka ( sebenarnya KAMI ) dah terbuka dengan keadaan. Mata kami dah terbuka . Kami makin cakna dengan apa yang berlaku dengan keadaan sekeliling. Fikiran kami dah bebas. ( macam rumah Up tu )
Maka, jangan membantutkan ' kebebasan ' berfikir kami dengan melarang kami membuka mulut.
Kami ada hak untuk bersuara. Ini 2013, di mana anak-anak semuda 17 tahun pun, sudah reti untuk berbicara mengenai ekonomi negara, sosial mahupun POLITIK.
Mengapa dipersalahkan apabila kami berbicara mengenainya lagi-lagi politik? Padahal politik juga perkara yang amat penting dalam hidup semua orang. Politik bukan hanya untuk orang dewasa. Tapi perlu diingatkan, semua perkara yang kita lalui adalah politik.
Menurut Dewan Bahasa, Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. ataupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.
Memilih seorang ketua kelas juga adalah POLOTIK.
Jadi, jangan sesekali mengatakan, isu politik tidak boleh di bawa kepada pelajar. Kami lagi pintar daripada mereka yang sentiasa duduk di takuk lama.
Jika berbicara politik, memang tak akan pernah habis.
Masing-masing ada pendapat masing-masing.
Masing-masing ada kepala sendiri.
Maka, Islam sudah meletakkan hukum-hukum serta jalan kepada perkara itu. Tak perlu bertelagah namun pada masa yang sama bijak melihat mana yang lebih benar. ( heceh ayat aku .. )
Aku pun peminat politik malah aku juga bercita-cita untuk menjadi seorang ahli politik. Jadi, tiada salahnya bagi aku jika daripada sekarang kami didedahkan dengan politik. Remaja perlu tahu, isu politik ini melibatkan mereka juga. Bukan orang dewasa semata-mata. Jika tiada yang berminat untuk mengetahui isu-isu ini, siapa lagi yang akan membawa perkara ini pada masa akan datang.
Aku sendiri, berminat dengan benda ni sebab aku rasa, kalau bukan generasi sekarang yang melihat jauh isu ini, maka, siapa lagi?
Kalau bukan pelajar-pelajar yang daripada sekarang dah boleh buka mata dengan politik, habis kita nak siapa yang mentadbir Malaysia ni pada 15 tahun atau 20 tahun akan datang?
Kita nak mengharap orang yang hanya boleh jadi Pak Turut DUIT untuk memerintah negara?
Maka terbentuklah 15 tahun akan datang negara yang mementingkan wang, bukan hidup sebab nak tuju akhirat.
Aku memang sangat emosi kalau tiap kali aku nak cerita pasal politik kat sekolah, ada orang cakap macam ni, " Nisekolah laa, jangan citer pasal politik "
Ya. Aku sedar di sekolah tak boleh cerita mengenai isu seperti itu. Tapi, MENGAPA ada AHLI POLITIK yang datang ke sekolah-sekolah menyampaikan 'dakyah'nya tu?
Tak adil.
Bagi aku.
Kami membesar di suasana yang intelek. Jadi kami boleh nampak semua benda. ( taklah semua )
Tapi sekurang-kurangnya kami ada semangat patriotik yang orang lain tak boleh rasa lagi. Semangat kenegaraan yang mahu melihat negara tercinta hidup dalam suasana soleh seperti zaman dahulu. Jangan patahkan semanagat kami.
Al-Quran surah an-Nisa, ayat 58 yang bermaksud;“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.
Sesungguhnya tanda-tanda kiamat itu ialah, negara dipimpin oleh orang yang bukan ahlinya.
Ingatlah wahai teman,
KIAMAT SUDAH DEKAT.


Comments
Post a Comment